• FOLLOW US
Antarabangsa, Bollywood

Rani Mukherjee Akui Sering Berbalah Dengan Suami Kerana Anak

Prinsip dan idea Rani Mukherjee dalam mengasuh anak sememangnya cukup berbeza dengan suami, Aditya Chopra sehingga kedua-duanya sering berbalah.

Perkara tersebut diakui sendiri oleh Rani ketika menjadi tetamu undangan dalam sebuah program televisyen dan menurutnya antara perkara yang paling banyak menjadi perbalahan adalah tentang anak tunggal mereka, Adira Chopra.

“Ketika kamu mengasuh seorang anak, pasti akan ada perbezaan idea. Namun pertengkaran tidak berlaku terlalu lama apabila keadaan semakin baik salah seorang daripada kami akan meminta maaf.

“Antara kami berdua sesiapa yang bertindak dan memberikan idea yang tidak bernas, dialah yang akan mula untuk meminta maaf,” ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon berkenaan menyatakan memiliki seorang anak perempuan tunggal tidak bermakna dia dan suami akan memanjakan anak kesayangannya itu.

“Saya selalu memberitahu kepada Adira bahawa dia mempunyai kekuatan yang sama seperti bapanya. Saya sengaja tekankan perkara itu agar tidak mahu orang lain melihat anak saya seorang yang lemah,” ujarnya.

Biarpun sering berbeza pendapat, namun satu perkara yang membuatkan Rani dan suaminya sepakat adalah untuk tidak mendedahkan wajah anak mereka kepada umum.

Setakat ini, bahagian tubuh Adira yang pernah dipaparkan oleh Rani adalah rambutnya sahaja. Malah, paparazzi turut menghormati keputusan Rani dan Aditya yang tidak mahu wajah anak mereka didedahkan. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend