Cerita ArtisHiburan

Rapper Bunga Kolaborasi Dengan Teman Lelaki Menerusi Lagu 300 Saat

Sering berkongsi kemesraan di laman media sosial, kisah cinta antara penyanyi rap wanita Bunga dan anggota kumpulan duo Razqa, Amzar Sabri bukanlah lagi suatu rahsia. Terbaharu, Bunga atau nama sebenarnya, Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari tampil dengan lagu duet bersama teman lelaki yang berjudul 300 Saat.

300 SAAT merupakan karya ciptaan Amzar, Bunga, dan Mekar. Manakala lirik ditulis oleh Bunga dan Amzar. Lagu yang disusun dinamik dengan elemen muzik kontemporari, bertunjangkan petikan piano indah melatari lirik yang sarat dengan mesej kerinduan.

Mengulas tentang bagaimana tercetusnya inspirasi untuk menghasilkan lagu ini, Bunga berkata, “Sebenarnya lagu ini tercipta ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Apabila pergerakan terbatas dan hanya berkurung di rumah sahaja. Masing-masing pula berjauhan, hanya mampu berkomunikasi melalui telefon sahaja. Mungkin sebab bosan dan tertekan dengan suasana ketidaktentuan pada masa itu, menyebabkan kami asyik bergaduh. Tapi lepas gaduh, merindu pula. Dari situlah kami mendapat ilham untuk lagu ini.”

“Kami memang sudah lama ada perancangan untuk berkolaborasi dalam lagu. Alhamdulillah, kami diberikan ilham untuk berkarya untuk menghasilkan lagu ini. Saya bersyukur kerana syarikat rakaman Warner Music Malaysia suka dengan lagu ini dan setuju untuk melancarkannya sebagai single kedua Bunga. Lagu ini sangat istimewa buat kami kerana buat pertama kalinya kami tampil bersama dalam satu karya,” jelas Amzar Sabri pula tentang peluang muncul dalam karya bersama Bunga.

300 SAAT merupakan single kedua Bunga yang diterbitkan oleh Warner Music Malaysia. Single ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music manakala video muzik rasmi lagu ini boleh ditonton di saluran Youtube Warner Music Malaysia. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button