• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Rashidi Ishak Mengaku Sudah Bercerai Dengan Vanidah Imran

Teka-teki mengenai hubungan antara Rashidi Ishak dan Vanidah Imran akhirnya terjawab apabila pelakon itu mengakui sudah bercerai dengan Vanidah.

Rashidi menerusi instagramnya mendedahkan dia dan Vanidah mengambil keputusan untuk berpisah pada 9 Ogos 2018 di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

“Saya ingin meminta maaf kerana terpaksa merahsiakan berita dan maklumat tentang perkara ini. Kami sengaja merahsiakannya untuk melindungi dan menghormati perasaan keluarga serta menjaga privasi.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada anda semua yang sudah menyokong kami berdua, terutama sekali sokongan kalian kepada Vanidah yang telah berjaya dalam karier dan kehidupannya,” katanya.

Hubungan pasangan berkenaan pernah menjadi tanda tanya peminat setelah kedua-duanya dilihat hadir ke Mahkamah Syariah, namun kedua-duanya tidak memberikan sebarang kenyataan.

Vanidah dan Rashidi, 46 mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mikhail Imran, 18 dan Maryam Rashika, 15. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend