• FOLLOW US
Gaya Hidup

Realme, Shopee Malaysia Tawar Telefon Eksklusif Sempena Realme Day

Sempena meraikan bulan merdeka, Realme Malaysia dengan kerjasama Shopee Malaysia menawarkan jualan telefon pintar eksklusif pada Hari Realme (Realme Day) bermula pada 5 Ogos lalu.

Pengurus Jenama Realme Malaysia, Tiffany Teh berkata, pihaknya telah mencapai keputusan terbaik di mana sebanyak 1,000 unit Realme C2 telah dijual pada hari pertama, di mana 500 unit dijual dalam masa 30 minit sahaja.

“Kami di Realme Malaysia sangat berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong produk kami. Rakyat Malaysia tidak sabar-sabar untuk membeli dan mendapatkan seunit telefon pintar dengan harga berpatutan.

“Kami yakin bahawa Realme Malaysia akan terus melangkah ke hadapan dengan mengeluarkan pelbagai jenis telefon pintar. Selain itu, kami juga gembira dapat bekerjasama dengan Shopee atas peluang ini untuk rakyat Malaysia,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Ujarnya, rakyat Malaysia dapat membeli telefon pintar Realme C2 (2+16GB) pada harga yang berpatutan iaitu RM349 dan 50 pelanggan pertama juga bakal menerima kad SD dan barang ‘merchandise’ realme.

Sementara itu, Ketua Pemasaran Shopee Malaysia, ​Marianne Chuo menyatakan pengguna membeli telefon bimbit menerusi dalam talian (online) kerana mereka dapat memilih daripada pelbagai model yang sesuai dengan keperluan dan keinginan mereka serta keselesaan rumah mereka.

“Keyakinan mereka untuk membeli telefon pintar di Shopee adalah bukti bahawa platform kami adalah dipercayai dan selamat. Yang menggembirakan lagi apabila pembelian dibuat tiada caj penghantaran dan dihantar secara percuma.

“Kami gembira dapat menawarkan pelbagai promosi di platform kami untuk pengguna Shopee yang pada masa ini berjumlah kira-kira 20 juta sambil menganjurkan kempen seperti Hari Realme atau ‘Realme Day’,” ujarnya.

Hari Realme atau lebih dikenali dengan ‘Realme Day’ adalah bersempena dengan​ Shopee Brands Festival dan akan berlangsung sehingga 18 Ogos ini, di mana pengguna yang berbelanja di Shopee Mall bakal menerima tawaran dan promosi menarik .

Antaranya, pelanggan bakal menikmati tawaran dari serendah RM1 setiap hari untuk jenama kegemaran semasa ‘Shocking Sale’ serta mendapatkan baucer Surprise Hour 50% diskaun dan hadiah apabila membeli produk terpilih.

Pembelian melalui Shopee Mall hadir dengan pulangan percuma selama 15 hari, jaminan keaslian 100%, penghantaran percuma dan ia tertakluk kepada terma dan syarat. – KopiPlanet.com.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend