Cerita ArtisHiburan

Risteena Munim Beri Penjelasan Setelah Dikecam Tentang Disangka ‘Diculik’

Pelakon Risteena Munim telah tampil membuat penjelasan setelah mendapat kecaman ramai gara-gara kisahnya yang disangka ‘diculik’ menjadi viral.

Menerusi Instagramnya, pelakon menyatakan dia sendiri tidak tahu serta tidak rajin membaca komen dan hanya diberitahu tentang kecaman yang diterima.

“Pada malam saya drive balik dari rumah Isa, saya mengantuk dan masa tu dah lewat malam dan dah tak banyak kereta atas jalan. For me, normal lah kalau Isa risau sebab dia takut apa-apa jadi. Contoh accident ke apa.

“Kalau orang yang kita sayang atau ahli keluarga kita dalam situsasi yang sama, kita pun akan risau. So normal kalau Isa risau. Kalau ada yang tak risau tu, dia TAK NORMAL,” jelasnya.

Sebelum ini, pelakon berkenaan berkongsi mengenai dirinya yang ‘hilang’ selama setengah jam sehingga menimbulkan kerisauan tunanganya, Isa Khan yang menyangka dia diculik.

Dalam pada itu, Risteena meluahkan dia sendiri tidak menyangka perkongsiannya itu akan menjadi viral dan langsung tidak meminta perkara tersebut berlaku.

“Saya tak fikir pun posting saya tu akan jadi viral macam ni. Saya tak mintak. Tapi saya tetap nak berterima kasih pada semua media yang pick up story saya dengan cara yang positive.

“But there are a few individuals who take it negatively. Sehingga saya terpaksa off comment because there’s too many negativity on my social media,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button