FesyenGaya Hidup

Rozita Che Wan Terpesona Dengan Rekaan Koleksi Oro Italia 916

Pelakon Rozita Che Wan merupakan antara wanita yang tidak ketinggalan untuk tampil bergaya dengan perhiasan barangan kemas sempena meraikan bulan Syawal.

Kagum dengan rekaan terbaharu Habib Jewels yang menggunakan teknologi terkini dari Itali, Oro Italia 916, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta selesa menggayakan koleksi tersebut untuk memperindahkan penampilan dirinya.

Koleksi Oro Italia 916 telah lama menjadi pilihan saya kerana rekaannya yang moden tapi masihmempunyai sentuhan klasik dan paling penting ianya ekslusif kerana hanya dijual di Habib.

“Antara keunikan lain koleksi ini ialah ianya tidak akan merosakkan baju kerana pembuatannya yang halus dankemas tidak akan melekat dibaju dan seterusnya membuatkan baju tertarik,” kata Rozita Che Wanyang juga merupakan duta Rantaian Kasih 2020.

Koleksi Oro Italia 916 yang dibawa khas dari Itali dengan menggunakan teknologi ‘ice cutting’ dan ‘laser soldering’ datang dalam rekaan yang berbeza.

Rekaan-rekaan dari koleksi ini menggabungkan pelbagai warna emas dalam satu rekaan seperti gabungan pelbagai warna emas daripada emas kuning, emas putih, emas merah jambu dan emas hitam.

Menerusi pembelian koleksi ini ,potongan harga RM10 untuk segram emas diberikan dan setiap pembelian bernilai RM 8,000 ke atas dalam satu resit akan menerima jam tangan Ice Watch Ice Steel.

Para pelanggan jangan terlepas peluang untuk menikmati Promosi Syawal yang berlangsung dari sekarang sehingga 22 Jun ini di seluruh bilik pameran Habib Jewels di seluruh negara. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button