Cerita ArtisHiburan

Salah Tengok Tarikh Konsert Hingga Alami Kerugian, Nabil Ahmad Anggap Ia Satu Rahmat

Penyampai radio dan pelawak, Nabil Ahmad mengakui bersetuju dengan pendapat segelintir netizen yang mengatakan dia dan keluarga terhindar daripada terjebak dengan perkara melalaikan setelah terlepas menyaksikan konsert Billie Eilish Happier Than Ever The World Tour 2022 gara-gara tersalah tengok tarikh.

Nabil berkata, dia juga menyatakan kesilapan melihat tarikh konsert yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam dianggap sebagai satu rahmat. 

“Memang ramai yang komen benda itu ‘lagha’ (melalaikan). Saya pun rasa benda yang sama. Allah nak mengelakkan kita daripada bersama dengan benda-benda macam itu.

“Lagipun saya beli tiket di bahagian tempat duduk yang orang cakap jauh daripada pentas. Kami pun tak pernah tengok konsert, selalu pergi ke pementasan Disneyland bersama anak-anak,” jelasnya.

Menurut Nabil, apabila anak-anak sudah besar, dia ingin mengajak mereka merasai konsert artis antarabangsa dan ia menjadi pengalaman pertama mereka sekeluarga. 

“Saya sendiri pun sebenarnya nak melihat cara produksi antarabangsa bekerja dan bagaimana mereka mengendalikan konsert itu. 

“Tidak dinafikan banyak komen yang saya terima menyatakan Allah lindungi sekeluarga dan itu juga peringatan untuk saya,”katanya. 

Pada masa sama, dia menyangka konsert penyanyi yang pernah memenangi tujuh Anugerah Grammy berlangsung selama dua malam. 

“Ya Allah betul saya tak perasan tarikh sebab benda itu tak berapa penting. Saya beli kelmarin sebab anak-anak yang nak. 

“Anak ada beritahu kawannya pergi pada Khamis, jadi saya menyangka tiket kami untuk Jumaat. Saya sebenarnya terkeliru antara malam Jumaat dengan hari Jumaat,”katanya. 

Sebelum ini, Nabil mendedahkan terpaksa menanggung kerugian RM2540, namun bersyukur kerana seolah-olah petanda yang Allah melindungi mereka sekeluarga daripada perkara melalaikan.  – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button