Cerita ArtisHiburan

Sambut Birthday Tanpa Suami, Puteri Sarah Mohon Tiada Lagi Gangguan Syaitan

Pelakon Puteri Sarah Liyana hari ini telah menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-35 serta menerima satu kejutan di sebuah hotel semalam.

Meraikannya bersama kedua-dua anak tanpa kehadiran suami, pelakon berkenaan sempat menitipkan ucapan yang dikongsi di Facebook miliknya.

“Selamat ulang tahun buat diri ini, yang selalu berjuang tak kenal lelah, ku berharap semoga Allah selalu permudahkan segala urusanku Aamiin…Sarah tak minta banyak , cuma nak minta semua tolong doakan tahun 2021 Sarah lebih baik dari 2020 ni.

“Doakan kesejahteraan keluarga sarah, keluarga bahagia dunia akhirat sarah dan rumahtangga sarah berkekalan hingga ke jannah…semoga 2021 sarah & family lebih bahagia dari dulu dan tidak ada gangguan syaitan lagi… Amin,” tulisnya.

Sebelum ini umum sudah mengetahui mengenai hubungan Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof yang sedang dilanda masalah.

Malah, mereka juga kini tidak lagi tinggal sebumbung dan Puteri Sarah juga kini dilihat semakin aktif dalam bidang lakonan.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button