AntarabangsaKpop

Sandara Park Sakit Hati Rambut Pelik Ditampilkannya Jadi Bahan Ketawa

Ketika muncul dalam rancangan Problem Child In House, Sandara Park telah membicarakan tentang gaya rambut peliknya.

Ujar anggota kumpulan 2NE1 itu, dia pernah muncul dengan rambut ala-ala gaya ‘Vegeta’ (salah satu watak dalam kartun Dragon Ball) sehingga menjadi bahan ketawa.

“Sebelum ini saya sangat yakin dengan apa sahaja gaya rambut, kecuali gaya rambut ini (vegeta) sehingga sukar untuk keluar kereta. Selain itu, saya perlu mencucinya dalam tempoh tiga jam.

“Malah, saya rasa sakit hati apabila ada kumpulan lain yang mentertawakan gaya rambut saya ini. Ketika berjumpa mereka mengatakan okey, tetapi di belakang saya mereka ketawa,” luahnya.

Dalam pada itu, Sandara mengakui rakan-rakan lelakinya suka dengan gaya rambutnya itu dan bagi mereka ia kelihatan sangat menakjubkan.

Ujarnya, dia sebenarnya sangat berbangga kerana pernah menggayakan rambut sebegitu, biarpun ia kelihatan sangat pelik. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button