Cerita ArtisHiburan

Sandra Dianne Masih Belum Sedarkan Diri, Terus Dirawat Di ICU

Setelah hampir 24 jam terlibat dalam kemalangan, peserta Big Stage 3, Sandra Dianne masih lagi dalam keadaan belum sedar lagi setakat ini.

Perkara tersebut dinyatakan oleh wakil syarikat rakaman Sony Music Malaysia, Vea Norman ketika dihubungi Kopiplanet.com menerusi What’s App.

“Sandra Dianne masih di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan masih tidak sedar. Itu sahaja yang kita dapat tahu setakat ini.

“Saya mohon agar peminat-peminat Sandra dapat mendoakan semoga Sandra cepat sedar dan pulih,” ujarnya.

> Baca: Didakwa Hina Orang Asli, Siti Sarah Tampil Buat Permohonan Maaf

Penyanyi yang popular menerusi lagu Hey Kau itu terlibat dalam kejadian kemalangan petang semalam dan kini sedang dirawat di Hospital Putrajaya.

Ketika kejadian, Sandra dan sepupunya dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk menghadiri latihan konsert mingguan Big Stage. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button