EventHiburan

Sara Amelia Pemenang Clever Girl Musim Kedua

Wakil negeri Perak Sara Amelia Mohamad Bernard, 24, dinobatkan sebagai pemenang program Clever Girl musim kedua.

Dalam episod finale yang diadakan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Sara, graduan Asasi Matematik dan Ekonomi dicabar hebat naib juara iaitu peserta dari Negeri Sembilan, Fadila Zuraida Mohd Noor, Mahasiswi Pendidikan.

Dengan kemenangan itu, Sara berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000 beserta trofi tajaan Serai Emas.

Fadila pula membawa pulang wang tunai RM10,000 beserta trofi.

Pentas akhir Clever Girl turut dibarisi finalis dari Perlis, Hani Narzira Hanizar dan Shazana Kamarzaman dari Selangor.

Clever Girl musim kedua bersiaran selama 10 minggu dan dihoskan oleh Alif Satar yang membuka pentas finale dengan nyanyian lagu Gemuruh.

Clever Girl program berkonsepkan kuiz dibarisi 14 gadis mewakili setiap negeri.

Ia menguji kepintaran para peserta menjawab soalan yang disediakan oleh Persatuan IQ Tinggi Mensa Malaysia. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button