• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

“Saya Mahu Ambil Tindakan Sebab Ini Melibatkan Maruah!” – Fizz Fairuz

Pelakon popular Datuk Fizz Fairuz memberi tempoh sehingga malam ini sahaja untuk pengendali akaun Instagram @makcik_puaka membuat permohanan maaf secara bersemuka dengan dirinya.

Fizz berkata, sekiranya tiada maklum balas dibuat, pihaknya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang kepada pengendali akaun Instagram berkenaan.

“Ingin ditekankan sebab saya lakukan ini adalah semata-mata sebab melibatkan maruah. Saya ada isteri, anak-anak dan ibu, jadi kena faham kenapa saya perlu bertindak sebegini.

“Apabila ini melibatkan maruah, perkara ini tidak boleh dibuat main-main. Lepas dah calar maruah orang dan nak tutup macam tu sahaja memang tak boleh,” ujarnya.

Sebelum ini, pelakon filem Munafik itu dikaitkan oleh pengendali akaun Instagram berkenaan yang mendakwa dirinya merupakan individu yang ditangkap khalwat baru-baru ini.

Menurut Fizz, biarpun pengendali berkenaan sudah membuat permohonan maaf menerusi Instastory, namun pelakon itu menegaskan ia masih belum memadai buat dirinya.

Tegasnya, apa yang perlu dilakukan oleh pengendali akaun @makcik_puaka itu adalah bertemu dengannya secara empat mata untuk mendapatkan permohonan maaf secara terbuka.

“Sehingga ke hari ini saya masih belum lagi mendapat jawapan daripada dia dan akan menunggu sehingga malam ini. Kalau boleh saya nak ia selesai secepat mungkin dan sudah beritahu untuk berjumpa pada 16 April (esok).

“Kalau tidak ada lagi jawapan dan dia masih menegakkan benang yang basah, saya akan ambil tindakan. Lagipun dalam 70 peratus saya dah dapat tahu identitinya yang sebenar,” jelasnya.

Sementara itu, isteri kepada Fizz iaitu Datin Almy Nadia yang ditemui berkata, dia berharap isu ini akan dapat diselesaikan secepat mungkin.

Ujarnya, suaminya itu kini memegang gelaran yang diamanahkan oleh sultan dan ia harus dijaga dengan baik nama dan gelaran yang diterima.

“Sebagai isteri, sudah tentu saya tidak mahu nama suami saya jadi busuk dan terpalit dengan sebarang isu. Biarlah semuanya ini dapat selesai segera,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend