EventHiburan

Search, Kopratasa Hibur Peminat Sempena Hari Kedai Rekod Sedunia

Artis popular tanah air seperti kumpulan Search, Kopratasa, Projek Hillary Ang, Shima, Dilla Hussein, The Times, Pitahati dan Lewis Pragasam bakal menghiburkan peminat sempena Hari Kedai Rekod Sedunia pada 13 April ini.

Hari Kedai Rekod Sedunia (RSD) adalah suatu aktiviti yang diuruskan oleh Jabatan Kedai Rekod dan dianjurkan dengan kerjasama Alliance of Media Stores (AIMS) dan Gabungan Kedai Muzik Bebas (CIMS).

RSD sambutan global budaya kedai rekod, berlangsugn setiap tahun pada bulan April. Hari Kedai Rekod 2019 jatuh pada tanggal 13 April. Ia dirayakan di kedai-kedai rekod di seluruh dunia.

Fenomena Music & Dream Studio akan meraikan RSD dengan menampilkan barisan artis yang terhebat dan barangan muzik paling ekseklusif dalam format fizikal vinyl, CD dan kaset.

Tahun ini juga merupakan ulang tahun ke-30 album Fenomena, album terbaik Search yang telah melahirkan lagu berhantu Isabella. Sempena itu, Search akan mengeluarkan sampul hitam eksklusif RSD edisi terhad. Ahli kumpulan Search sendiri akan melancarkannya khas buat peminat, Sabtu ini.

Selain daripada persembahan khas artis terlibat, satu lagi acara kemuncak RSD ialah pameran Pragasam Designer Drums, satu inisiatif oleh legenda percussion Lewis Pragasam yang diperbuat daripada bahan kitar semula.

RSD 2019 akan berlangsung Sabtu ini dari jam 10 pagi hingga 7 petang di durang legar Fenomena Music / Dream Studio, M-1-20 Blok M, Plaza Damas, Sri Hartamas Kuala Lumpur. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button