Cerita ArtisHiburan

Selama 10 Tahun Menduda, Mamat Exist Belum Temui Pengganti

Biarpun sudah 10 tahun bergelar seorang duda, penyanyi Mamat Exist menyatakan kini dia masih lagi belum menemui mana-mana wanita untuk menjadi pengganti.

Mamat atau nama sebenarnya Mohd. Ali Kamarudin berkata, sekarang ini keutamaannya adalah dengan memberi tumpuan kepada tiga orang anak-anaknya.

“Boleh dikatakan buat masa ini memang belum ada jodoh lagi. Malah, teman wanita pun saya belum ada sekarang ini kerana tumpuan saya kepada anak-anak.

“Jadi, kelebihan sekarang memang kepada mereka sahaja. Yang lain-lain tu kalau ada rezeki Allah untuk mendapat jodoh saya akan terima,” ujarnya.

Sebelum ini, Mamat pernah mendirikan rumah tangga dengan Marshila Mustapa Kamal pada tahun 2001 dan mereka berpisah pada tahun 2009.

Sepanjang perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Aleeya Mysara, 17, Mohd. Eiki Daniell, 15 dan Dylea Mysara, 13.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai perkembangan terbaharunya, Mamat menyatakan baru sahaja melancarkan single terbaharunya berjudul Nur Cahaya pada bulan Januari lalu.

“Lagu ini saya rakam sejak awal tahun lepas lagi. Kini saya sedang sibuk dalam rangka promosi Nur Cahaya serta saya bakal adakan showcase pada 28 April ini di Johor Bahru.

“Selain itu, saya dan Exist akan kembali membuat kemunculan bersama untuk persembahan semasa Anugerah MeleTOP Era pada 21 April nanti,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button