• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Selepas Bapa, Adira Hadapi Lagi Dugaan Kehilangan Nenek

Selepas tiga hari kehilangan bapa tersayang, penyanyi Adira AF sekali lagi mengalami dugaan apabila kehilangan seorang lagi insan yang amat disayanginya.

Menerusi Instagram miliknya, isteri kepada Datuk Red itu memberitahu bahawa neneknya pula telah meninggal dunia pada hari ini.

“Allahuakbar….lepas satu2 dugaan yg ku terima… belum pun hilang kesedihan kehilangan abah tersayang… datang lagi dugaan bila mendapat khabar nenek telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

“Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi dugaanmu ini,” ujarnya.

Sebelum ini, bapa penyanyi berkenaan iaitu Suhaimi Rajiman, 57, meninggal dunia akibat kegagalan beberapa organ dalaman di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Arwah bapanya telah dimasukkan ke hospital sejak sebulan lalu akibat kegagalan beberapa organ dalaman dan mengalami koma. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Adira

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend