• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Selepas Dua Bulan, Anak Abby Abadi Pergi Buat Selama-Lamanya

Anak kepada pelakon dan penyanyi Abby Abadi, Muhammad Danial Firman Faizal akhirnya meninggal dunia selepas dua bulan bertarung nyawa.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Abby menerusi Instagramnya pada awal pagi tadi. Lebih memilukan, kedua-duanya tidak dapat menatap wajah kali terakhir anak mereka kerana sedang mengerjakan umrah.

“Baby D tarik mama abah masuk syurga nanti ye sayang. Muhammad Danial Firman Faizal b Muhammad Faiza telah pergi meninggalkan kami.

“Pak Ngah & Mak Teh & Pak Teh akan uruskan jenazahnya selepas subuh esok. InshaAllah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4 Lembah Keramat,” ujarnya.

Abby Abadi melahirkan Muhammad Danial pada 27 September lalu dalam keadaan pra matang dengan berat hanya 535 gram dan dirawat di Unit Rawatan Rapi Neontal (NICU) Hospital Sungai Buloh. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend