Cerita ArtisHiburan

Setelah 12 Hari Kena Kuarintin, Alif Satar Kembali Ke Pangkuan Keluarga

Penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar kini sudah kembali ke pangkuan keluarga tersayang setelah selesai menjalani kuarintin selama 12 hari di Hospital Melaka akibat positif Covid-19.

Dalam satu kenyataan media, Alif turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas keprihatinan dan bertindak pantas ke atas apa yang berlaku.

“Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi atas segala nikmat, rezeki, kesihatan dan kebahagiaan yang dikurniakanNya. Sukacita Alif ingin berkongsi, selepas 12 hari dikuarantin di Hospital Melaka serta atas berkat doa seluruh rakyat Malaysia buat Alif sekeluarga, Alif kini kembali sihat dan sudah berada di pangkuan keluarga tersayang.

“Alif ucapkan terima kasih dan penghargaan buat semua pihak terutama sekali pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), produksi MuzikMuzik TV3, JS Pictures dan semua rakan industri Alif yang cukup prihatin atas segala yang berlaku dan bertindak pantas, mengambil tanggungjawab mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan mengambil ujian saringan sejurus selepas Alif disahkan positif Covid-19,” ujarnya.

Alif berkata, dia menganggap bahawa ada hikmah atas apa yang berlaku dan berasa cukup terharu apabila menerima banyak titipan doa, mesej kata-kata semangat dari seluruh rakyat Malaysia.

Ujarnya, keluarganya yang turut terkesan turut menerima sokongan dari ahli keluarga, rakan-rakan malah komuniti jiran tetangga yang sama-sama membantu tidak kira dari sokongan moral dan tenaga bagi meringankan bebanan dan kerisauan yang harus mereka sekeluarga lalui.

“Selepas berjauhan dengan isteri dan anak-anak, Alif yakin ramai yang tahu dan dapat rasakan betapa berat perasaan rindu, jadi Alif mengambil beberapa hari untuk meluangkan masa bersama seluruh ahli keluarga sebelum Alif kembali bekerja seperti biasa.

“Alif menyeru semua untuk menjaga kesihatan sekeluarga di samping mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan agar kita dapat menewaskan wabak ini bersama-sama!,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button