Cerita ArtisHiburan

Setelah Dipersenda, Jualan Baju Melayu Rekaan Pak Nil Meningkat

Baru-baru ini rekaan baju Melayu daripada pengacara terkemuka Datuk Aznil Nawawi telah menjadi bahan persenda netizen gara-gara menggunakan sampin yang sama warna dengan baju.

Bagaimanapun, ia langsung tidak mematahkan semangat pengacara yang lebih sinonim dengan Pak Nil sambil menyatakan jualan untuk baju Melayu berkenaan semakin bertambah.

“Paknil ucap terima kasihlah pada yang persenda. Alhamdulillah order meningkat,” tulisnya menerusi Instagram miliknya tentang sambutan baju tersebut.

Ternyata, baju Melayu berkenaan menjadi viral setelah pengacara nombor satu itu mempromosikan baju berkenaan hasil kerjasama dengan pereka fesyen Razman Razmi dan diberi nama Raznil.

Malah, sebelum ini Pak Nil sempat meluahkan rasa sedihnya sebelum ini apabila baju rekaannya itu menjadi bahan gurauan, meskipun ia dihasilkan bagi mengenangkan ia pernah dipakai oleh idola beliau sendiri iaitu Allahyarham Datuk Sudirman Arshad.

Selain itu, ada juga segelintir yang turut memuji insiatif pengacara itu serta meluahkan rasa hairan apabila ada netizen yang mempersendakan rekaan baju berkenaan. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Pak Nil

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button