AntarabangsaBollywood

Shah Rukh Khan Imbas Memori Malam Pertama Diganggu Pengarah Wanita

Aktor popular Bollywood, Shah Rukh Khan dan isteri, Gauri Khan menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-29 tahun, baru-baru ini.

Pasangan yang dikurniakan tiga cahaya mata itu berkahwin pada tanggal 25 Oktober 1991.

Mengimbas kembali pada hari perkahwinannya itu, Shah Rukh Khan berkata dia tidak akan melupakan ‘gangguan’ daripada pengarah Hema Malini yang telah merosakkan malam pertamanya dengan isteri.

Malam pertama perkahwinannya, SRK terpaksa bergegas ke set penggambaran filem Dil Aashna Hai kerana pengarah mahu berjumpanya selain meneruskan aksi penggambaran pada malam tersebut.

Menunggu sehingga ke jam 2 pagi, Hema masih tidak sampai ke lokasi membuatkan SRK segera menjengah ke bilik mekap pelakon dan melihat isterinya sudah tertidur kepenatan dalam pakaian perkahwinan kerana kedua-duanya terus bergegas ke lokasi penggambaran sebaik selesai majlis perkahwinan mereka.

“Bilik itu dipenuhi dengan nyamuk yang menggigit tubuh Gauri dan perkara itu membuatkan saya sebak dan menangis,” kata Shah Rukh Khan.

Menurut pelakon berusia 55 tahun itu sehingga ke hari ini dia dan isteri akan tertawa apabila mengenangkan memori malam pertama mereka.

Hampir tiga dekad bahagia melayari bahtera perkahwinan, kehidupan pasangan ini dimeriahkan dengan kehadiran tiga orang anak iaitu Aryan, 23, Suhana, 20, dan AbRam yang kini berusia 7 tahun. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button