AntarabangsaBollywood

Shaheer Sheikh Ada Alasan Berkahwin Ketika Pandemik Covid-19 Belum Berakhir

Keputusan pelakon Shaheer Sheikh untuk berkahwin dengan Ruchikaa Kapoor ketika dunia masih berhadapan pandemik Covid-19 ternyata menimbulkan ramai pertanyaan.

Hal yang demikian kerana dalam situasi sekarang pastinya Shaheer dan Ruchikaa tidak dapat mengundang ramai tetamu ke majlis mereka.

Bagaimanapun, Shaheer menjelaskan bahawa dia mempunyai alasan tersendiri membuat keputusan tersebut.

“Berkahwin sekarang adalah pilihan terbaik kerana jika menunggu pandemik berakhir, kita tidak akan tahu bila ia akan selesai.

“Kita semua tahu bahwa tidak ada hal yang pasti di masa seperti ini, tetapi sepanjang pandemik, kami menyedari bahawa kami tidak boleh terus-menerus merancang kerana masa depan sangat tidak pasti. Itulah alasan kami mengambil keputusan ini,” ujarnya.

Ujarnya, kini dia semakin bersemangat untuk membina kehidupan baharu bersama isterinya setelah sering sibuk dengan kerjayanya sebelum ini.

Perkahwinan mereka juga turut dilanda kontroversi memandangkan perbezaan agama yang dianuti kedua-duanya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button