Cerita ArtisHiburan

Shima Anuar Kini Negatif Covid-19 Selepas Jalani Ujian Swab Kali Kedua

Pelakon Shima Anuar memaklumkan bahawa kini dia telah bebas daripada virus Covid-19 setelah menjalani ujian swab buat kali kedua.

Perkara tersebut telah dikongsikan olehnya menerusi satu perkongsian video di Instagram miliknya.

“Hampir seminggu positif dan saya ada baca kalau CT Value kita tinggi bermakna virus kita tak teruk. Jadi, saya buat keputusan untuk jalani ujian swab buat kali kedua.

“Alhamudillah hari ini ujian swab saya negatif. Alhamdulillah thank you so much,” ujarnya.

> Baca: Shima Anuar Artis Terbaharu Positif Covid-19, Sahkan Tiada Kontak Rapat Dengan Pesakit

Dalam pada itu, pelakon berkenaan juga turut menunjukkan mengenai pengerangan tentang CT Value di laman sosialnya itu.

Shima juga berpesan supaya mereka yang masih dijangkiti atau baharu dikesan positif supaya banyakkan bersabar.

“Banyakkan ambil Vitamin C dan jangan skip. Minum air panas atau suam dan lemon banyak-banyak.

“Cuba kuatkan sistem imun dalam badan. InsyaAllah semuanya akan okey,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button