Cerita ArtisHiburan

Shuk Sahar Akhirnya Tampil Buat Kenyataan, Akui Kesilapan & Kesalahan Sendiri

Penyampai radio yang dilanda kontroversi, Shuk Sahar akhirnya tampil membuat kenyataan setelah beberapa hari berdiam diri.

Menerusi perkongsian di Instagram, Shuk turut mengakui situasi yang berlaku itu adalah kesalahan dan kesilapannya sendiri.

“Setiap orang melakukan kesalahan dan ini adalah kesalahan dan kesilapan saya.

“Ye bukan senang dan bukan mudah untuk jernihkan air yang telah keruh,” tulisnya dalam posting yang dimuat naik.

Sebelum ini Shuk berhadapan kontroversi apabila isterinya sendiri mendedahkan mengenai dirinya yang masih berhubung dengan wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh.

Selain itu, khidmatnya selaku penyampai radio Hot FM juga telah digantung serta-merta akibat kontroversi berkenaan.

Menurut Shuk, kini dia akan mencuba untuk mendapatkan kembali keluarga dan kebahagiannya.

“Apa pun saya sanggup demi dapatkan balik keluarga dan kebahagiaan saya,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
3
+1
0
+1
2
+1
2
+1
3
+1
5

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button