Cerita Artis

Siqma Ft FML Tampil Dengan Dipinggirkan Hasil Karya Dan Terbitan Malique

Sejak kemunculannya dengan lagu Cemas dan Salam 1001 pada April lalu, penyanyi rap Siqma berjaya mencuri perhatian pendengar muzik tempatan sehingga diberi jolokan ‘The New Malique’ oleh peminat.

Apatah lagi selepas Siqma muncul dengan single ketiganya Raja Simurgh pada Julai lalu, lagu yang dihasilkan bersama Kmy Kmo itu disebut peminat sebagai kolaborasi idaman dalam mengubat rindu mereka terhadap penyanyi rap, komposer dan penerbit tersohor, Malique.

Bagai menyahut seruan peminat, Siqma bakal muncul dengan lagu yang mendapat sentuhan Malique menerusi single keempatnya berjudul Dipinggirkan yang turut menampilkan Fahimi Rahmat dan Mal Hamka atau lebih dikenali sebagai FML.

Dipinggirkan merupakan ciptaan Malique dan Fahimi Rahmat, manakala lirik pula ditulis bersama Malique, Kmy Kmo dan Siqma. Menariknya, Malique turut bertindak penerbit rakaman lagu ini.

Menerusi lagu berkenaan, Siqma cuba bereksperimentasi dengan rentak R&B pula. Pertama kali mendendangkan karya ciptaan orang lain, Dipinggirkan merupakan percubaan Siqma dalam mempelbagaikan jenis dan gaya muzik dalam  karya keluarannya. Dia turut menyifatkan peluang mendendangkan karya ciptaan dan terbitan idolanya Malique atau lebih dikenali peminat sebagai ‘Mr. General’ adalah suatu pengalaman manis dan berharga buat dirinya. 

Mengulas tentang pendekatannya dalam memilih berkolaborasi bersama duo FML, Siqma berkata, “Saya percaya dan yakin FML adalah pilhan yang tepat.

“Ketika proses pembikinan lagu kami ada aura yang sama dan saya amat selesa bekerja dengan mereka,” ujarnya.

Menyifatkan lagu ini adalah misi peribadinya untuk memuaskan hati peminatnya, Siqma mensasarkan bahawa karya terbaharunya ini bukan sahaja mendapat sambutan positif pendengar, malah ia mampu membawanya ke pentas anugerah.

Dalam pada itu, menyifatkan peluang terlibat dalam pembikinan lagu Dipinggirkan ini bagai pucuk dicita ulam mendatang, Fahimi Rahmat berkata, “Sejak pertama kali mendengar demo lagu ini, kami jatuh cinta dengan lagu ini.

“Bagai mimpi menjadi nyata, sudah tentu kami tidak akan melepaskan peluang untuk bergandingan dengan Siqma dan bekerja dengan lagenda muzik seperti Malique. Banyak yang kami pelajari daripada kolaborasi ini dan sangat bersyukur atas peluang yang diberikan,” katanya.

Dipinggirkan berkisar tentang seseorang yang hampir berputus asa dan merasakan seperti dipinggirkan dunia.

Namun setelah melalui segala kesusahan dalam kehidupan, semangatnya mula bangkit apabila dia baharu sedar yang dalam setiap perjalanan kehidupannya, ada sesuatu atau seseorang yang akan hadir untuk menemani dan menyokongnya.

Single terbitan Universal Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox, Youtube Muzik, Channel Youtube dan juga Apple Music bermula pada 20 November lalu. – KopiPlanet.com.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button