Cerita ArtisHiburan

Siti Sarah Nafi Mengandung, Akui Hanya Berat Badannya Yang Naik

Penyanyi Siti Sarah menafikan bahawa dia kini sedang mengandung setelah ada segelintir peminat yang melihat perubahan terhadap dirinya ketika muncul dalam sebuah program televisyen.

Siti Sarah berkata, dia telah mengambil ubat untuk mengatasi masalah penyakit anxiety sehingga berlaku perubahan terhadap berat badannya.

“Tidak dinafikan memang berat badan saya semakin bertambah, tetapi itu bukanlah bermaksa saya mengandung.

“Lagipun ketika ini saya sedang proses untuk kembali menurunkan berat badan. Malah, saya sudah pun berjumpa dengan pakar pemakanan untuk mendapatkan nasihat,” katanya

Dia berkata demikian ketika ditemui Suara Merdeka semasa pelancaran single baharu berjudul Terakhir Buat Teman yang dinyanyikan duet bersama Hazama baru-baru ini.

Siti Sarah memberitahu dia sebelum ini mempunyai kaedah yang tersendiri bagi menurunkan berat badan dan ternyata ia tidak memberi kesan kepada dirinya.

“Sebab itu saya kena jumpa pakar dan kawalan pemakanan saya supaya berat badan dapat diturunkan,” jelasnya.

Dalam pada itu, isteri kepada Shuib Sepahtu itu juga menyimpan hasrat sekiranya dikurniakan rezeki untuk mengandung lagi, namun tidak meletak harapan yang tinggi.

“Saya bersyukur jika diberi peluang untuk mengandung lagi, tetapi tidaklah begitu kecewa jika belum terlaksana. Saya tahu ada yang memberi ucapan tahniah itu dengan niat untuk berkongsi kegembiraan dan saya ucapkan terima kasih.

“Begitu juga dengan mereka yang mengambil berat terhadap saya. Jangan risau, saya juga tidak marah dengan ucapan-ucapan yang mengatakan saya mengandung,” katanya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button