• FOLLOW US
Antarabangsa, Kpop

Sowon GFRIEND Hampir Guna Nama Pentas Lain Dalam Kariernya

Penyanyi Kim So Jung, 24, merupakan nama sebenar Sowon daripada kumpulan GFRIEND. So Jung telah menggunakan nama pentas sebagai Sowon yang bermaksud “ingin” dalam bahasa korea semasa membuat kemunculan awal dalam bidang seni.

Namun demikian, menerusi rancangan realiti televisyen Idol Room, rakannya Umji dari kumpulan GFRIEND telah mendedahkan bahawa Sowon hampir menggunakan nama pentas yang berbeza dan nama tersebut ialah PB.

“Saya rasa anda semua tidak tahu, sebelum ini Sowon Unnie (kakak) tidak selalu dipanggil sebagai Sowon. Nama pentas bagi Sowon pada awalnya adalah PB,” ujar Umji.

Apabila pengacara Idol Room bertanya berkenaan maksud PB, ahli kumpulan GFRIEND menjelaskan ianya merupakan singkatan akronim daripada “Perfect Beauty” dan nama tersebut telah diberikan oleh CEO mereka buat Sowon.

Walaupun nama “Perfect Beauty” dilihat agak janggal buat Sowon kerana menggambarkan kecantikannya, namun begitu peminat melihat Sowon layak menerima nama tersebut. -KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend