Starvilion Shut Down Sale, Wak Doyok Sumbang 5,000 Pasang Baju Melayu
Fashion Hub Selebriti yang dikendilikan ikon fesyen terkenal Wak Doyok, Starvilion Sdn. Bhd. menganjurkan Jualan Terakhir Starvilion – Shutdown Sale pada 24 Jun hingga 5 Julai 2020 di Starvilion HQ, Seksyen 7, Shah Alam dan juga website www.starvilion.com.
Jualan ini merupakan jualan terakhir yang akan dikendalikan oleh Starvilion Sdn. Bhd. sempena penutupan Fashion Hub Selebriti dengan seramai 150 orang staf Starvilion bakal hilang pekerjaan.
Dalam pada itu, menerusi perkongsiannya di Instagram, Wak Doyok meluahkan rasa sedih apabila perniagaan yang diusahakan selama tiga tahun terpaksa ditamatkan.
“Sedih rasa di hati tapi Wak kena kuatkan semangat demi 70 orang adik yang bekerja dengan Wak selama 3 tahun di @starvilion. Susah bila keadaan terus menduga macam ni. Wak nak bagi perintah tutup company pun sedih, tak sampai hati.
“Tapi Wak minta mereka try sekali lagi, jualan yang terakhir dari @starvilion khas untuk pelanggan yang tak jemu2 sokong @starvilion selama ini. Koleksi yang kami ada semua memang elok & cantik. Wak terpaksa lelong semua ni!,” jelasnya.
Mereka juga menanggung lambakan stok pakaian siap dipakai hampir 75 ribu pasang yang belum terjual dan Wak Doyok akan menyumbang 5,000 pasang Baju Melayu kepada pelanggan yang hadir ke jualan terakhir tersebut.
Tidak ketinggalan Starvilion juga akan memberi 1,100 helai tudung secara percuma kepada pelanggan mereka. Selain itu, koleksi selebriti Starvilion akan dilelong bermula dari serendah RM 1.
Semasa jualan itu juga pelanggan boleh mendapatka koleksi baju kurung serendah RM29 sepasang, baju melayu Wak Doyok bermula serendah RM50 sepasang dan kurta akan dilelong 5 helai untuk RM100. – KopiPlanet.com