• FOLLOW US
Event, Hiburan

StereoFest Himpun Penghibur Popular Muzik Melayu Di Kota Singa

Sebuah festival muzik melayu yang pertama dan terbesar di Singapura, StereoFest 2020 bakal diadakan selama dua hari pada 22 dan 23 Februari depan di Palawan Green, Sentosa, Singapura.

Festival itu bakal menghimpunkan seramai 20 barisan artis popular dari Malaysia, Indonesia dan Singapura antaranya Judika, Zee Avi, Ismail Izzani, Ayda Jebat, Elizabeth Tan, Andi Bernadee dan kumpulan 4U2C dan New Boyz.

Selain persembahan para artis, para pengunjung boleh mendapatkan pelbagai tawaran makanan dan minuman daripada vendor terkenal di Festival Village.

Selaku penganjur, Pengarah Urusan Adi Media, Dian Rasid berkata, “Kami berharap agar StereoFest dapat meningkatkan martabat muzik Melayu di rantau ini dan juga menyediakan platform bagi penyanyi tempatan untuk berada di pentas yang sama dengan artis serumpun.”

“Selain itu, festival ini juga bakal menyaksikan semula penyatuan semula (reunion) dua kumpulan popular era 90-an iaitu 4U2C dan New Boyz. Jadi ia pastinya suatu festival yang tidak boleh dilepaskan oleh semua peminat setia dua kumpuan tersebut,” katanya.

Tiket berharga RM204, RM384, RM594 dan RM1,104 (sesi meet & greet) boleh didapati dengan melayari laman web www.stereofest.asia. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend