Pelawak popular, Jep Sepahtu tampil dengan meluahkan isi hatinya terhadap rakan pelawaknya iaitu Shuib Sepahtu.
Dalam luahan yang dibuat menerusi akaun Instagram miliknya, Jep menyatakan dia sudah muak dengan segala isu yang timbul antara mereka berdua.
“Aku dah minta maaf walaupun macam-macam dah kau buat kat aku. Aku dah tersangat muak dengan isu ini. Aku tak kisah pun kau tak reply wassap aku tapi janganlah depan public kau wayang kononnya kau lah yang terpaling mulia dalam bersahabat.
“Mungkin kau risau kot kalau isu ni selesai dah takde pula isu kau nak mainkan. Teringat dulu kau pernah cakap “bad publicity is still publicity”. Hari ni aku nak ingatkan kau, yang aku sama seperti dulu tak hamak benda-benda publicity ni. Sudah-sudah la main sentimen persahabatan untuk kau punya marketing,” luahnya.
Selain itu, pelawak itu juga mempersoalkan segala tindakan yang dilakukan oleh Shuib, termasuk membabitkan soal bayaran.
Ujar Jep, dia tidak mahu Shuib berkias-kias dalam setiap podcast sehingga membuatkan orang berburuk sangka terhadap dirinya.
“Game apa sebenarnya yang kau nak main ni? Ke kau tengah khayal? Lagi satu Rahim ada tunjuk aku video podcast kau cakap pasal payment. Kita tak pernah deal payment untuk kumpulan.
“Dari dulu semuanya deal individu. Kalau betul memang ada cerita pasal payment tu, gentle sebut la nama, senang sikit aku nak hantar LOD. Jangan berkias-kias kat podcast dan try hard buat orang bersangka buruk untuk benci aku.
“Aku dah biasa kotorkan tangan untuk pastikan hasilnya bersih daripada mencuci duit nak nampakkan dia bersih. Daripada kau duk buat fitnah tak sudah, lebih baik kau settle EPF orang yang kau dah potong tapi TAK BAYAR. Aku bukan jenis yang makan hak orang bro,” tegasnya.
Pada masa sama, Jep turut meminta supaya Shuib tidak lagi mengganggu dirinya kerana dia sedang sibuk memberikan perhatian terhadap dua orang anaknya.
“InsyaAllah aku sangat jaga sumber yang aku dapat. Aku ingat jual air sale 150 juta dah boleh hidup tenang dah. Macam-macam orang dah kau kumpul kat podcast kau untuk burukkan aku, tu pun masih tak tenang ke? Ya kau orang baik, aku orang jahat.
“Pergilah selamatkan diri kau. Pesanan terakhir aku jangan ganggu aku yang tengah sibuk beri perhatian besarkan dua anak syurga aku. Kalau hidup kau tak tenang itu kau punya pasal. Jangan ganggu hidup orang lain. Jangan asyik burukkan orang untuk tutup pekong kau,” katanya.



