AntarabangsaKpop

Sunmi Dedah Pernah Alami Masalah Mental Borderline Personality Disorder

Penyanyi Sunmi membuat pendedahan yang agak mengejutkan mengenai kesihatan mentalnya dalam sebuah episod Running Girls baru-baru ini.

Sunmi mendedahkan kira-kira lima tahun lalu dia pernah menghidap penyakit Boderline Personality Disorder yang ternyata menganggu kehidupan hariannya.

“Saya didiagnosis dengan penyakit Borderline Personality Disorder. Itulah yang mengganggu kehidupan seharian saya.

“Namun begitu, masalah kesihatan saya itu dapat diatasi dengan pengambilan ubat dan keadaan saya bertambah baik,” ujarnya.

Tidak dapat mengalirkan air katanya ketika bercerita, Sunmi menyatakan pada masa itu adalah waktu yang paling sesuai untuk dia berehat buat seketika daripada dunia nyanyian.

Ujarnya, dia tampil bersama kumpulan Wonder Girls pada usia yang sangat muda, iaitu ketika berusia 18 tahun dan lebih banyak menghabiskan usia di dalam kenderaan lantaran kesibukan yang dilaluinya.

“Kami menghabiskan masa di dalam kenderaan ketika membesar. Itulah sebab lebih penting untuk melihat kembali diri kita sendiri dan bertanya apa yang ingin kita lakukan dan apa yang kita kuasai.

“Penting bagi kita untuk memenuhi emosi kita sendiri. Saya mula menyedari bahawa saya melepasi masa remaja dan sekarang saya berasa lebih baik. Kini, saya sudah kurang mengambil ubat kerana yakin saya semakin kuat,” ujarnya.

Borderline Personality Disorder adalah penyakit mental yang sering dikategorikan oleh suasana hati yang tidak Penang, imej diri perilaku yang tidak menentu dan campuran masalah depresi dan kecemasan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button