• FOLLOW US

Minhwan FT Island Bakal Timang Anak Kembar Perempuan

Ahli kumpulan FT Island, Minhwan dan isterinya, Yulhee bakal menimang cahaya mata kembar perempuan selepas bapanya mendedahkan jantina bayi yang bakal dilahirkan isterinya nanti.

Pendedahan itu dibuat menerusi rancangan tv, Mr. House Husband yang ditayangkan semalam.

Menerusi program itu, bapa Minhwan memberikan dua kotak berwarna merah jambu sebagai simbolik kepada jantina bakal cucunya itu nanti.

Yulhee yang menganggotai kumpulan Laboum sebelum ini pernah memberikan kenyataan yang dia berharap menimang kembar perempuan kerana tidak sabar mahu menggayakan pakaian sedondon untuk anaknya itu nanti.

Pasangan itu turut mempunyai seorang anak lelaki, Jae-Yul yang kini berusia lapan bulan. – KopiPlanet.com

FT Island, Monsta X Meriahkan K-Wave Music Festival 3

Selepas kejayaan edisi pertama dan keduanya, kali ini festival muzik terbesar K-Pop di Malaysia, K-Wave Music Festival kembali untuk kali ketiga.

Membawakan barisan artis ternama seperti FT Island, Exid, Monsta X, AOA, Jeong Sewoon, WJSN dan Boyfriend, K-Wave akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam bermula jam 8 malam pada 18 Ogos ini.

Berbeza dengan dua edisi yang diadakan di lokasi terbuka, kali ini penganjur, Mcalls, MacpiePro dengan kerjasama MSR memilih untuk mengadakan festival muzik ini di tempat tertutup agar peminat merasa lebih dekat dengan barisan artis yang membuat persembahan.

Lebih istimewa, peminat K-pop yang berusia antara 15 hingga 17 tahun  berpeluang untuk menyaksikan konsert itu dengan harga tiket bernilai RM34.

Kelompok yang sama serta pengguna Mcalls diberi keistimewaan untuk menyaksikan konsert itu hampir percuma iaitu hanya dengan menebus Pakej Masuk, iaitu dengan cara membayar hanya wang pemprosesan sebanyak RM4.

Pakej Masuk ke festival berkenaan merangkumi (tiket konsert + yuran pemprosesan + Sim Pek Mcalls Y33) yang menawarkan harga antara RM34 hingga RM498. Semua Pakej Masuk boleh didapati dengan melayari laman web www.mcalls.asia/kwave3.

Anda boleh layari laman Facebook MacpiePro di @MacpiePro atau www.macpiepro.com untuk maklumat lanjut mengenai Festival Muzik K-WAVE 3 dibawakan khas oleh Mcalls ini. – KopiPlanet.com