Keserasian dengan pengguna serta imej yang dekat di hati keluarga Malaysia menjadi antara faktor Gardenia NuMee meneruskan kerjasama dengan pelakon Fasha Sandha sebagai duta jenamanya untuk tahun ketiga berturut-turut.
Kerjasama ini turut menampilkan adiknya, pelakon Elisya Sandha, yang diperkenalkan sebagai Rakan Jenama.
Penglibatan kedua-dua beradik ini mencerminkan hubungan kekeluargaan yang dekat dengan kehidupan seharian, sekali gus memperkukuh usaha Gardenia NuMee untuk mendekati keluarga dan generasi muda Malaysia.
Menurut Eksekutif Pemasaran Gardenia NuMee, Ida Nadiana Buang, kesinambungan kerjasama dengan Fasha mencerminkan keserasian pelakon itu dengan nilai dan identiti jenama, khususnya dalam mengetengahkan elemen kekeluargaan yang dekat dengan kehidupan pengguna.
“Sepanjang dua tahun bersama Gardenia NuMee, Fasha telah berjaya menampilkan personaliti yang natural dan dekat dengan pengguna, khususnya dalam mengetengahkan nilai kekeluargaan serta momen bermakna bersama insan tersayang.
“Penglibatan Elisya pula membawa dimensi baharu kepada pendekatan jenama dalam mendekati generasi muda melalui kandungan yang lebih relevan dengan gaya hidup dan minat mereka.
“Keakraban sebenar antara dua beradik ini turut memberikan dimensi tersendiri kepada kerjasama tersebut, sekali gus mengukuhkan mesej kekeluargaan yang menjadi antara elemen penting dalam komunikasi Gardenia NuMee.
“Kerjasama ini akan diteruskan menerusi pelbagai inisiatif digital, kandungan media sosial serta aktiviti dan kempen yang melibatkan pengguna,” katanya.
Tambah Ida, pendekatan ini memberi tumpuan kepada momen harian yang dekat dengan kehidupan masyarakat, termasuklah seperti menyediakan hidangan, berkongsi makanan dan meluangkan masa bersama insan tersayang.
Seiring dengan pendekatan tersebut, Gardenia NuMee turut mengetengahkan rangkaian Signature yang merangkumi Signature Tom Yam dan Signature Laksa Kari sebagai pilihan utama dalam rangkaian produknya.
Signature Tom Yam menawarkan gabungan rasa pedas dan masam yang seimbang, dilengkapi kuah berkrim yang memberikan pengalaman rasa tersendiri

Sementara itu, Signature Laksa Kari menampilkan kuah pekat berkrim dengan aroma rempah yang kaya.
Kedua-dua varian ini dilengkapi mi bertekstur kenyal yang melengkapkan keenakan setiap hidangan, sesuai dengan cita rasa rakyat Malaysia.
Rangkaian Signature mencerminkan komitmen Gardenia NuMee untuk menawarkan pilihan rasa yang menepati cita rasa tempatan dalam bentuk hidangan yang mudah disediakan dan praktikal.
Produk Gardenia NuMee menyasarkan keluarga serta golongan muda dengan gaya hidup aktif yang mencari pilihan hidangan ringkas dan mudah disediakan, sama ada ketika belajar, bekerja atau menikmati masa bersama rakan dan keluarga.
Menerusi kesinambungan kerjasama dengan Fasha serta penglibatan Elisya, Gardenia NuMee turut merancang untuk memperkenalkan pelbagai idea resipi dan hidangan kreatif menggunakan lima pilihan perisanya, iaitu Ayam, Mi Goreng Asli, Kari, Laksa Kari dan Tom Yam.
“Kandungan tersebut bertujuan memberi inspirasi kepada pengguna untuk mempelbagaikan cara menikmati Gardenia NuMee mengikut selera masing-masing.
“Pengguna turut digalakkan untuk mencuba resipi yang diperkenalkan dan berkongsi hasil hidangan mereka, sekali gus menjadikan aktiviti penyediaan makanan sebagai peluang untuk berinteraksi dan meluangkan masa berkualiti bersama keluarga,” ujar Ida.
Sejak diperkenalkan pada 2022, Gardenia NuMee terus mengembangkan rangkaian produknya serta melaksanakan pelbagai inisiatif pemasaran dan aktiviti bersama pengguna dalam segmen mi segera di Malaysia.
Berteraskan slogan “Hanya Ini Yang Anda Perlukan”, Gardenia NuMee komited untuk terus menawarkan pilihan hidangan yang mudah disediakan, enak dan sesuai dengan kehidupan seharian pengguna.
Kesinambungan kerjasama dengan Fasha serta penglibatan Elisya mencerminkan komitmen Gardenia NuMee untuk merealisasikan aspirasi sebagai “Jenama Malaysia untuk Malaysia”, dengan meraikan cita rasa tempatan, mengukuhkan nilai kebersamaan dan merapatkan hubungan antara generasi. – KopiPlanet.com




