AdvetorialKongsi

Pahang Komited Anjur ‘Majlis Aspirasi Guru Pahang 1st’, Penghargaan Tertinggi Sumbangan & Pengorbanan Pendidik

Kerajaan negeri Pahang bertekad untuk terus komited dalam penganjuran Majlis Aspirasi Guru Pahang 1st sebagai manifestasi penghargaan tertinggi terhadap sumbangan dan pengorbanan warga pendidik yang menjadi arkitek utama kepada pembangunan modal insan di negeri ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ia berdasarkan kepada pencapaian cemerlang yang raih negeri berkenaan yang berjaya berada di kedudukan kedua keseluruhan dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025, iaitu hanya di belakang Putrajaya. 

“Ternyata program sebegini merupakan platform yang sangat signifikan dan relevan sebagai simbol apresiasi kerajaan terhadap khidmat bakti golongan pendidik kerana di sebalik setiap kejayaan yang diraih oleh murid, terdapat keringat dan pengorbanan seorang guru yang tidak mengenal erti lelah.

“Oleh itu, penganjuran majlis ini adalah penghormatan yang sewajarnya diberikan kepada mereka,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Apresiasi Guru Pahang 1st 2026 dan Penyampaian Hadiah Kecemerlangan SPM 2025.

Pada acara tersebut, seramai 49 penerima anugerah yang terdiri daripada individu cemerlang serta institusi pendidikan berprestasi tinggi telah diraikan sebagai pengiktirafan atas sumbangan mereka mengangkat martabat pendidikan di negeri Pahang.

Beliau berkata, kejayaan membanggakan ini bukanlah satu kebetulan, sebaliknya terhasil daripada dedikasi luar biasa guru-guru dalam mendidik anak bangsa.

Pada masa sama, belum memaklumkan bahawa kerajaan negeri telah memperuntukkan dana sebanyak RM3.2 juta khusus untuk penganjuran majlis tersebut. 

Sementara itu, Wan Rosdy menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak akan berhenti dalam usaha memperkasa ekosistem pendidikan bagi memastikan tiada pelajar yang tercicir. 

Pelbagai inisiatif baharu akan terus dipergiatkan, termasuk pemberian buku rujukan SPM secara percuma kepada semua calon peperiksaan di seluruh negeri tanpa mengira latar belakang kaum mahupun kedudukan geografi sekolah.

“Sudah tentu kita mahu memastikan setiap pelajar di Pahang dapat menikmati peluang pendidikan yang adil dan seimbang. 

“Selain bantuan bahan rujukan, kerajaan negeri juga menyediakan juadah makanan bagi calon SPM sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung. 

“Kami akan terus menambah baik usaha-usaha sokongan seperti ini di masa hadapan kerana kejayaan murid adalah hasil sinergi yang utuh antara guru, ibu bapa, dan persekitaran sekolah yang kondusif,” ujar beliau. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button