Pasangan usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida menyatakan pihaknya telah mencapai kriteria dan mendapat logo Inisiatif Pengiktirafan Muzakki Zakat Selangor (IKTIRAF) daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Shahida berkata pengiktirafan berkenaan diberikan oleh LZS susulan pencapaian mereka yang menjadi antara pembayar zakat perniagaan tertinggi di Selangor.
“Kami adalah salah satu produk yang boleh menggunakan logo IKTIRAF daripada pusat zakat. Setiap tahun kami memang sasar bayar bayar zakat jumlah yang tinggi.
“Macam tahun lepas kami bayar zakat sebanyak RM2 juta dan pada tahun ini kami sasar untuk bayar zakat sebanyak RM3 juta,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran Year End Sale (YES) yang berlangsung di Wisma D’Herbs baru-baru ini.
Sementara itu, Aliff memaklumkan pihaknya akan mengembangkan perniagaan miliknya dengan membuka cawangan kedai di pusat membeli-belah.
Ujarnya, antara pusat membeli-belah yang pilih adalah yang terletak di Putrajaya, Kota Damansara dan Johor Bahru.
“Dalam masa dua tahun juga, saya sasar untuk syarikat perniagaan saya ini tersenarai dalam public listed,” jelasnya.

Bersempena dengan kempen jualan YES untuk bulan November, pihaknya menjual sebuah kotak istimewa set mandian aromaterapi yang mengandungi 11 buah barangan.
Ujarnya, kesemua barangan tersebut adalah bernilai RM250, namun ia akan dijual pada harga bawah RM100 sahaja.
“Kotak ini adalah edisi terhad dan hanya akan dijual sehari sahaja iaitu pada 10 November ini do TikTok Papa Laris pada pukul 1.00 petang hingga pukul 12.00 tengah malam.
“Jualan ini dibuat adalah bersempena dengan sambutan ulang tahun D’Herbs yang ke-20 dan ia terhad kepada 5,000 buah kotak sahaja,” ujarnya. – KopiPlanet.com




