• FOLLOW US

One Nation Emcees Sasar Gelaran Juara GV Musim Keenam

Setelah 10 minggu bersaing dan memberikan persembahan penuh bertenaga, akhirnya penat lelah kumpulan One Nation Emcees (ONE) berbalas apabila nama mereka diumumkan berjaya mara ke peringkat akhir rancangan nyanyian Gegar Vaganza musim keenam (GV 6).

ONE yang dianggotai Mimi, Sabhi Sadhi dan dua rapper, Jojo dan Kazoe mencipta sejarah tersendiri apabila mereka merupakan artis berkumpulan pertama yang berjaya ke peringkat akhir sepanjang enam tahun penerbitan GV.

“Kami memang tidak menyangka akan berjaya masuk ke final dan diharapkan dengan kemaraan kami ini akan dapat memberi semangat kepada artis berkumpulan lain yang akan menyertai GV selepas ini.

“Apa yang boleh saya katakan sebagai artis berkumpulan, kita mesti sentiasa bersatu hati dan kalau ada masalah kena sentiasa berbincang dan bermesyuarat.

“Kami juga tak jangkakan persembahan kami akan jadi trending di media sosial sebab kami hanya nak enjoy dengan persembahan dan itu yang kami lakukan,” kata Mimi kepada KopiPlanet.com ketika ditemui sebaik sahaja konsert separuh akhir GV 6 melabuhkan tirainya semalam.

Menerusi persembahan separuh akhir semalam, ONE mendapat markah ketiga tertinggi di belakang Hady Mirza dan Naqiu menerusi persembahan lagu Seribu Tahun (nyanyian asal Imran Ajmain) dan lagu duet Drama (Drama Band) yang didendangkan bersama artis jemputan, Lan Solo.

Bercakap mengenai persiapan mereka menjelang konsert akhir pada 22 Disember ini, Sabhi terus-terang mengatakan dia ingin meraih gelaran juara.

“Ini pendapat saya sendiri, saya nak One Nation Emcees bergelar juara. Kami akan fight sehingga ke akhirnya, walaupun begitu kami tidak akan pandang finalis lain sebelah mata. Keenam-enam finalis mempunyai peluang sama rata untuk bergelar juara.

“Yang kami dapat janjikan ialah kami akan cuba berikan persembahan yang bertanda aras ‘champion material’ pada malam final itu nanti,” ujarnya mewakili rakan-rakan yang lain.

Selain ONE, lima lagi finalis yang akan bersaing merebut gelaran juara GV 6 ialah Hady Mirza, Naqiu, Jatt Ali, Nurfatima dan Sham Visa.

GV sebelum ini telah melahirkan lima juara bagi edisi terdahulu iaitu Ayai Ilusi (GV 1), Siti Nordiana (GV 2), Azharina (GV 3), Aishah (GV 4) dan Noryn Aziz (GV 5). – KopiPlanet.com

Tiada Penyingkiran… Semua Peserta Layak Ke Separuh Akhir GV 6

Debaran saingan suku akhir Gegar Vaganza 6 (GV 6) yang berlangsung malam tadi ternyata melegakan apabila tiada penyingkiran dibuat.

Ini bermakna ke semua peserta yang bersaing dalam saingan suku akhir akan meneruskan aksi untuk peringkat separuh akhir pada minggu hadapan.

Dalam pada itu, One Nation Emcees yang tampil dengan persembahan bertenaga menerusi lagu Hati Emas nyanyian kumpulan Kembara berjaya memikat hati juri dengan muncul peserta yang mendapat markah tertinggi.

GV 6 menampilkan Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang selaku juri tetap, manakala pelakon Datuk Rosyam Nor dan komposer Manan Ngah tampil sebagai juri jemputan. – KopiPlanet.com

*LAGU SEMI FINAL/GV 6
One Nation Emcees – Drama (Drama Band) & Seribu Tahun (Imran Ajmain) duet bersama Lan Solo
Hady Mirza – All My Live (KC & Jojo) & Takdir Tercipta (Hafiz Suip & Adira) duet bersama Dia Fadila
Naqiu – Always (Bon Jovi) & Hanya Namamu (Caliph Buskers) duet bersama Azmi Saat
Jatt – Ku Miliki Bayangmu (Datuk Ramli Sarip) & Zakia (Achmad Albar) duet bersama Zur Eda
Nurfatima – Kau Pergi Tanpa Pesan (Ellya Khadam) & Kali Pertama (Fairuz Hussein) duet bersama Noryn Aziz
Norshila Amin – Dialah Di Hati (Datuk Seri Siti Nurhaliza) & Kerna Terpaksa (Francissca Peter) duet bersama Ifa Raziah
Sham Visa – Permata Untuk Isteriku (Kopratasa) & Usang (Rahim Maarof) duet bersama Usop & Sani Kopratasa
Wann – Ku Gembira Di Sampingmu (Datuk Khadijah Ibrahim) & Dua Insan (Datuk M.  Nasir & Yunizar Hussein) duet bersama Zarul Umbrella

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Feeza Tersingkir, Perjuangan Dalam Gegar Vaganza 6 Berakhir

Perjuangan peserta Feeza untuk terus bersaing dalam rancangan realiti Gegar Vaganza 6 (GV6) berakhir setelah tersingkir pada minggu ke-6.

Dalam aksi yang berlangsung di Dewan MBSA Shah Alam malam tadi, yang mempersembahkan lagu Terus Mencintai nyanyian Siti Nordiana ternyata gagal memikat hati juri sehingga mendapat markah terendah.

Dengan penyingkiran tersebut, sebanyak sembilan lagi peserta yang akan meneruskan saingan pada minggu hadapan untuk peringkat separuh akhir.

Antara peserta tersebut iaitu Hardy Mirza, Jatt, Naqiu, Noorshila Amin, Nurfatima, One Nation Emcees, Roy, Sham Visa dan Wann.

Dihoskan oleh Nabil dan Jihan Muse, GV6 turut menampilkan dua orang juri tetap iaitu Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang, manakala komposer terkenal iaitu Saari Amri menjadi juri jemputan untuk minggu ini. – KopiPlanet.com

LAGU MINGGU HADAPAN (Minggu Ke-7 – Separuh Akhir)
* Hardy Mirza – Jatuh Bangun (Haqiem Rusli)
* Jatt – Sumpah (Naim Daniel)
* Naqiu Boboy – Rampas (Akim And The Majistret)
* Noorshila Amin – Vroom Vroom (Nabila Razali)
* Nurfatima – Patah Seribu (Shila Amzah)
* One Nation Emcees – Bila Rindu (Ruffedge)
* Roy – Hajat (Hael Husaini)
* Sham Visa – Pergi (Aizat Amdan)
* Wann – Terlalu Memuja (Wany Hasrita)