Cerita ArtisHiburan

One Nation Emcees Sasar Gelaran Juara GV Musim Keenam

Setelah 10 minggu bersaing dan memberikan persembahan penuh bertenaga, akhirnya penat lelah kumpulan One Nation Emcees (ONE) berbalas apabila nama mereka diumumkan berjaya mara ke peringkat akhir rancangan nyanyian Gegar Vaganza musim keenam (GV 6).

ONE yang dianggotai Mimi, Sabhi Sadhi dan dua rapper, Jojo dan Kazoe mencipta sejarah tersendiri apabila mereka merupakan artis berkumpulan pertama yang berjaya ke peringkat akhir sepanjang enam tahun penerbitan GV.

“Kami memang tidak menyangka akan berjaya masuk ke final dan diharapkan dengan kemaraan kami ini akan dapat memberi semangat kepada artis berkumpulan lain yang akan menyertai GV selepas ini.

“Apa yang boleh saya katakan sebagai artis berkumpulan, kita mesti sentiasa bersatu hati dan kalau ada masalah kena sentiasa berbincang dan bermesyuarat.

“Kami juga tak jangkakan persembahan kami akan jadi trending di media sosial sebab kami hanya nak enjoy dengan persembahan dan itu yang kami lakukan,” kata Mimi kepada KopiPlanet.com ketika ditemui sebaik sahaja konsert separuh akhir GV 6 melabuhkan tirainya semalam.

Menerusi persembahan separuh akhir semalam, ONE mendapat markah ketiga tertinggi di belakang Hady Mirza dan Naqiu menerusi persembahan lagu Seribu Tahun (nyanyian asal Imran Ajmain) dan lagu duet Drama (Drama Band) yang didendangkan bersama artis jemputan, Lan Solo.

Bercakap mengenai persiapan mereka menjelang konsert akhir pada 22 Disember ini, Sabhi terus-terang mengatakan dia ingin meraih gelaran juara.

“Ini pendapat saya sendiri, saya nak One Nation Emcees bergelar juara. Kami akan fight sehingga ke akhirnya, walaupun begitu kami tidak akan pandang finalis lain sebelah mata. Keenam-enam finalis mempunyai peluang sama rata untuk bergelar juara.

“Yang kami dapat janjikan ialah kami akan cuba berikan persembahan yang bertanda aras ‘champion material’ pada malam final itu nanti,” ujarnya mewakili rakan-rakan yang lain.

Selain ONE, lima lagi finalis yang akan bersaing merebut gelaran juara GV 6 ialah Hady Mirza, Naqiu, Jatt Ali, Nurfatima dan Sham Visa.

GV sebelum ini telah melahirkan lima juara bagi edisi terdahulu iaitu Ayai Ilusi (GV 1), Siti Nordiana (GV 2), Azharina (GV 3), Aishah (GV 4) dan Noryn Aziz (GV 5). – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button