• FOLLOW US

Nurflix TV Online Patuh Syariah, Kandungan Sopan Untuk Semua Golongan

Satu platform TV Online, Nurflix ditubuhkan bagi memperkasakan pembangunan ekonomi dan sahsiah diri yang mana ia bakal menawarkan kandungan digital baharu, segar, tulen dan selamat ditonton oleh semua golongan peringkat umur dengan berlandaskan aspek adab dan akhlak.

Bagi mencapai tujuian tersebut, platform streaming TV online yang dibangunkan Sutera Hijau Ventures Bhd ini menggunakan khidmat kerjasama dua hal di antara golongan ulama dengan karyawan industri kreatif bagi menghasilkan kandungan-kandugan program yang bermutu dan menghiburkan mengikut landas Islam.

Pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Nurflix, Syah Mohamed berkata, idea asal untuk mewujudkan Nurflix ini sebenarnya adalah untuk mencipta sebuah ekosistem mampan diri yang dapat memberi manfaat kepada pengguna serta penyedia kandungan menerusi platform yang disediakan.

“Kalau dilihat pada masa ini terlalu banyak kandungan digital yang semakin tidak terkawal, tidak ditapis, tidak memiliki norma dan nilai budaya yang ideal.

“Pada masa yang sama juga, ekosistem mampan diri yang telah dibentuk ini akan dapat membantu menyediakan peluang pekerjaan buat tenaga kerja dan karyawan dalam sektor industri kreatif dan secara tidak langsung ia dapat membantu menjana ekonomi negara,” kata ketika ditemui pada majlis pelancaran Nurflix yang berlangsung di Masjib Tuanku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Nurflix, Datuk Seri Syed Zainal Abdidin Syed Mohd Tahir dan Penyelia Kehormat (Musyrif) Nurflix, Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid.

Susulan penubuhan Nurflix, ia bakal menghidangkan pelbagai kandungan menarik yang disertai beberapa selebriti popular seperti Mira Filzah, Erra Fazira, Eman Manan, Mawi, Altimet, Yasin Sulaiman, Diana Amir, Ernie Zakri, Wany Hasrita, Irma Hasmie, Fara Fauzana dan Lufya Omar.

Memiliki sasaran untuk meraih 1 juta tontonan (subscribers) sehingga akhir Januari 2021, pihak Nurflix turut mengalu-alukan kehadiran penerbit, pengarah, penulis skrip dan bakat-bakat baharu, bersesuaian dengan tagline mereka, ‘Be Part of Us’.

Nurflix bakal memulakan tayangannya bermula Oktober dengan harga pakej langganan yang akan diumumkan kelak. – KopiPlanet.com

Mira Filzah Bakal Bergelar Isteri Arkitek Hujung Tahun Ini

Pelakon dan pengacara Mira Filzah Badieozaman, 27, mengesahkan dia bakal menamatkan zaman bujang pada hujung tahun ini.

Menurut Mira persiapan menuju hari bahagianya sudah mula dilakukan namun aktres jelita ini enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

“Insyaallah apa sahaja nanti saya akan hantar undangan kepada pihak media. Dalam tempoh dua bulan ini selain habiskan kerja-kerja seni yang tertangguh saya kena setelkan beberapa perkara lagi (persiapan untuk majlis perkahwinan).

“Saya sudah dipinang orang dan Alhamdulillah tiada rintangan yang dilalui sepanjang tempoh ini. Saya dah bersedia (bergelar seorang isteri),” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis pelancaran saluran tv penstriman Nurflix yang berlangsung di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong hari ini.

Walaupun tidak memberikan kenyataan secara tepat mengenai bakal suaminya namun rata-rata peminat sudah mengetahui hubungannya dengan arkitek Wan Emir Astar Datuk Wan Muhammad Khair-il Anuar, 30.

Mengulas lanjut mengenai dirinya yang dikatakan sudah semakin terbuka berkongsikan kemesraan mereka dengan berbalas komen di laman Instagram, Mira menjelaskan, “Saya tidaklah terbuka sangat, saya biasa-biasa sahaja dan saya still ‘keep it low’.

“Alhamdulillah setakat ini bakal suami tidak ada halangan untuk saya teruskan kerjaya seni. Nanti boleh tanya dia sendiri mengenai kerjaya saya selepas bergelar isteri (sama ada beri halangan berlakon atau tidak). Dia adalah orang yang terbaik boleh menjawab soalan itu,” katanya lagi. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Mira Filzah

Mira Filzah, Siti Nordiana Dominasi Empat Pencalonan AME 2020

Penyanyi dan pelakon Siti Nordiana serta pelakon dan pengacara Mira Filzah mendominasi Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020) dengan masing-masing menerima empat pencalonan.

Mira tercalon dalam kategori Pelakon MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP, Artis Versatil MeleTOP dan Fesyen MeleTOP.

Manakala Siti Nordiana bertanding menerusi kategori Penyanyi MeleTOP, Lagu MeleTOP, Artis Versatil MeleTOP dan Grup/Duo MeleTOP menerusi gandingannya dengan Khai Bahar dalam lagu Satukan Rasa.

Kumpulan hip hop K-Clique dan Alif Satar pula tercalon dalam tiga kategori.

AME2020 yang akan berlangsung pada 12 April depan di Axiata Arena, Bukit Jalil bakal dihoskan trio pengacara Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Alif Satar.

Bertemakan Yang Epik, Yang Legend, AME2020 akan dibarisi persembahan hebat penghibur seperti Haqiem Rusli, Naim Daniel, Floor 88, Naim Daniel dan ramai lagi.

AME2020 akan disiarkan secara langsung di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Berikut merupakan pencalonan TOP 5 AME2020:

LAGU MELETOP:
1.Anta Permana (Datuk Seri Siti Nurhaliza)
2.Hatiku Milikmu (Siti Nordiana)
3.Hutang (Floor 88)
4. Lembah Kesepian (Haqiem Rusli)
5. Mimpi (K-Clique ft Alif)

PENYANYI MELETOP:
1. Alif Satar
2. Ernie Zakri
3. Haqiem Rusli
4. Khai Bahar
5. Siti Nordiana

GRUP/DUO MELETOP:
1. Arif Bahran & Sarah Suhairi
2. Floor 88
3. Hafiz Suip & Adira
4. K-Clique ft Alif
5. Khai Bahar & Siti Nordiana

DRAMA MELETOP:
1. Budok Kuba (Astro Citra)
2. Cemburu Seorang Perempuan (Astro Ria)
3. Curi-Curi Cinta (Astro Ria)
4. Setelah Terlafaznya Akad (Astro Ria)
5. Sweet Dreams (Astro Ria)

PELAKON MELETOP:
1. Amyra Rosli
2. Ben Amir
3. Mira Filzah
4. Sean Lje
5. Uqasha Senrose

PROGRAM MELETOP:
1. #Bizibody-Intai Zoo Mini Afieq Shazwan (mStar)
2. Big Stage S2 – finale (Astro Ria)
3. GegerVaganza S6 Ep 7 (Astro Ria)
4. MLM2019- finale (Astro Warna)
5. Sepahtu Reunion Live 2019-finale (Astro Warna)

HOS MELETOP:
1. Ain Edruce
2. Alif Satar
3. Datuk Ac Mizal
4. Jihan Muse
5. Sherry Al-hadad

FILEM MELETOP:
1. Boboiboy Movie 2
2. Ejen Ali The Movie
3. Polis Evo 2
4. Pusaka
5. Sangkar

BINTANG FILEM MELETOP:
1. Hairul Azreen
2. Mira Filzah
3. Remy Ishak
4. Syafiq Kyle
5. Zizan Razak

COUPLE MELETOP:
1. Alif Satar & Shadila Halid
2. Ardell Aryana & Nadzmi Adhwa
3. Eyra Hazali & Haziq Nadzli
4. Hanis Zalikha & Hairul Azreen
5. Syatilla Melvin & Shaheizy Sam.

SI CILIK MELETOP:
1. Alisa Aisyah
2. Ardy Wira
3. Ayden Adrean
4. Jebat Jayden
5. Syeriv Samheizy

ARTIS BAHARU MELETOP:
1. Fieya Julia
2. Han Byul
3. Insomniacks
4. K-Clique
5. Yusuf Bahrin

FESYEN MELETOP:
1. Alif Satar
2. Fazura
3. Mira Filzah
4. Sham Visa
5. Syafiq Kyle

ARTIS VERSATIL MELETOP:
1. Elly Mazlein
2. Jihan Muse
3. Mira Filzah
4. Siti Nordiana
5. Zizan Razak

INFLUENCER MELETOP:
1. Cupcake Aisyah
2. Muazbellaz
3. Sofyank
4. Sterk Production
5. Syahmi Syazli Production – KopiPlanet.com

Mira Filzah Dinobat Bintang Paling Popular ABPBH 32

Pelakon Mira Filzah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 (ABPBH) yang berlangsung malam tadi.

Pelakon/penyanyi berkenaan berhasil menewaskan nama-nama besar lain seperti Syafiq Kyle, Siti Nordiana, Fatah Amin dan Khai Bahar.

Selain dinobat Bintang Paling Popular, Mira turut membawa pulang anugerah Pelakon Filem Wanita Popular dan Pelakon TV Wanita Popular dan Gandingan Serasi Drama Popular (Online) bersama Remy Ishak.

Majlis anugerah yang bersiaran di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu dihoskan oleh AC Mizal dan Elly Mazlein.

Anugerah ABPBH 32 diserikan lagi dengan persembahan bertenaga daripada Sufian Suhaimi, Akim & The Majistret, Hazama, DeFam, Stacy dan ramai lagi. – KopiPlanet.com

KATEGORI UTAMA

Artis Baharu Lelaki Popular
* Adam Lee

Artis Baharu Wanita Popular
* Haneesya Hanee

Pelakon Filem Lelaki Popular
* Fattah Amin

Pelakon Filem Wanita Popular
* Mira Filzah

Pelakon TV Lelaki Popular ALHA ALFA
* Syafiq Kyle


Pelakon TV Wanita Popular ALHA ALFA
* Mira Filzah


Penyanyi Lelaki Popular DuitNow
* Khai Bahar


Penyanyi Wanita Popular DuitNow
* Siti Nordiana

Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular
* Dayang Nurfaizah & Hael Husaini

Artis Komedi Popular
* Zizan Razak


Artis Versatil Popular
* Janna Nick

Pengacara TV Popular
* Siti Nordiana

Penyampai Radio Popular
* DJ Lin

Artis Indonesia Popular
* Laudya Cynthia Bella

Artis Korea Popular
* BTS

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
* Raihan

KATEGORI ONLINE

Artis Sensasi Popular
* Haqiem Rusli

Gandingan Serasi Drama Popular
* Pujaan Hati Kanda (Remy Ishak & Mira Filzah)

Gandingan Serasi Filem Popular
* Langsuir (Syafiq Kyle & Hannah Delisha)

Pelakon Watak Antagonis Popular
* Shukri Yahaya

Lagu Paling Boom
* Haqiem Rusli (Selamat Tinggal Sayang)

Ibu Bapa Jadi Penanda Aras Mira Filzah Dalam Berfesyen

Sejak kebelakangan ini, gaya berpakaian aktres Mira Filzah, 26, sering kali mendapat perhatian netizen gara-gara tindakannya memakai seluar ketat menerusi perkongsian gambar di laman Instagramnya baru-baru ini.

Menurut pelakon kelahiran Perak ini, dia mengambil pendekatan enggan terlalu memikirkan tentang kritikan dan kecaman netizen asalkan batas dalam pemakaiannya mendapat persetujuan daripada kedua ibu bapanya.

“Dari segi kontroversi pakaian saya tidak boleh kawal apa netizen nak cakap sebab mereka boleh berkata apa sahaja. Kita buat perkara yang betul pun mereka tetap (suka) cari yang salah. Perkara ini bergantung pada selebriti itu sendiri macam mana dia kawal emosi dan perasaan mereka apabila berhadapan dengan isu-isu sebegini.

“Ibu bapa menjadi penanda aras dalam saya berfesyen dan bergaya. Jika mereka tegur, ketika itu saya tahu baharu saya mungkin dah langgar batas-batas berpakaian yang sepatutnya (bagi seorang yang berhijab). Kalau ibu bapa saya kata okay, itu maknanya pakaian saya okay. Mereka sentiasa memerhatikan saya dan menjadi pengkritik terbesar saya.

“Bukan mudah nak puaskan hati semua orang tapi asalkan saya rasa apa yang saya buat itu betul, itu dah okay dah. Sekarang saya ambil pendekatan untuk tidak terlalu memikirkan sangat perkara-perkara tersebut,” katanya.

Mira berkata demikian kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis pratonton filem Sangkar di MM2 Cineplexes, Mutiara Damansara semalam.

Dalam pada itu, menerusi filem arahan Kabir Bhatia itu, Mira menyatakan dia melakonkan watak sebagai seorang jururawat bernama Lea.

Bercakap mengenai cabaran karakter itu, Mira menjelaskan wataknya tidak terlalu sukar untuk dilakonkan dan karakternya adalah seorang gadis yang simple, sweet dan mementingkan keluarganya.

“Kalau ikutkan, sebenarnya saya hampir tidak dapat memberi komitmen untuk berlakon dalam filem ini disebabkan kekangan jadual kerja pada ketika itu.

Namun, setelah berbincang dengan pihak penerbit, Alhamdulillah kami dapat atasi masalah itu dan Alhamdulillah, saya puas hati dengan filem ini,” ujarnya.

Sangkar yang menelan belanja kos produksi sebanyak RM3 juta turut dibintangi Zul Ariffin, Remy Ishak, Ray Era, Nik Adam Mika dan Fadzlan Hazim. Ia bakal ditayangkan di 143 pawagam seluruh negara bermula 29 Ogos ini.

Filem itu merupakan terbitan empat produksi iaitu Primeworks Studios, Astro Shaw, Infinitus Gold dan MM2. – KopiPlanet.com

“Terlalu Viral Sangat Pun Buat Saya Rasa Tidak Selesa” – Mira Filzah

Pelakon Mira Filzah mengakui kadang kala dia berasa tidak selesa apabila dirinya sering kali menjadi perhatian disebabkan perkara viral yang dikaitkan dengan dirinya.

Bagaimanapun, Mira menyatakan sesuatu perkara tular yang berkaitan dengan dirinya itu adalah di luar kawalan dan bukan kehendak dirinya.

“Sebagai contoh, macam ungkapan ‘baby sayang’ itu, saya hanya menjawab persoalan peminat sahaja tapi bila orang potong video itu, ia jadi sesuatu. Apa yang boleh saya buat sekarang ialah berhati-hati dengan apa yang ingin saya buat dan kongsikan di media sosial.

“Bagi saya,  kalau lagi ramai yang suka kita pastinya akan ada ramai juga yang tidak sukakan kita. Ini semua persepsi bermacam-macam orang. Terlalu viral sangat pun buat saya rasa tidak selesa, tetapi saya tidak boleh nak kawal setiap orang kan,” katanya.

Mira ditemui pada majlis pelancaran filem terbaharu lakonannya, Sangkar yang berlangsung di Battle Arena, Jaya Shopping Centre, Petaling Jaya baru-baru ini.

Baru-baru ini, nama pelakon berkenaan menjadi tumpuan apabila dia dikatakan merupakan tanda aras kepada kecantikan dan kesopanan yang ada pada gadis melayu sehinggakan Mira digelar Perempuan Melayu Terakhir generasi baharu.

Walaupun ramai bersetuju dengan pernyataan itu, namun ada juga yang kurang bersetuju gelaran itu diberikan kepada gadis berusia 26 tahun itu.

Sementara itu, menerusi filem arahan Kabir Bhatia itu, Mira membawakan watak sebagai seorang jururawat. Ia mengisahkan tentang sukan mixed martial arts (MMA) dengan menggandingkan dua hero tampan, Remy Ishak dan Zul Ariffin yang bertarung di pentas pertarungan MMA.

Mengulas mengenai filem aksi tersebut, Mira berkata dia teruja dengan penghasilan Sangkar yang mengetengahkan sukan MMA yang jarang-jarang sekali dipertontonkan di kaca televisyen dan filem tempatan.

“Dalam filem saya lebih banyak bermain dengan emosi tapi kalau diberi kesempatan melakukan watak aksi, saya tidak menolak sebab saya sebenarnya seorang yang lasak.

“Saya tak takut air, tak takut tinggi dan kalau nak tahu masa sekolah dulu saya pernah wakil sekolah dalam sukan hoki. Cumanya kalau ditawarkan watak-watak aksi, saya kena tengok dulu kesesuaian sesuatu karakter itu dengan imej saya,” katanya.

Sangkar yang diterbitkan Primeworks Studios, Infinitus Gold, Astro Shaw dan MM2 Entertaintment bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 29 Ogos ini. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Mira Filzah

Selebriti Popular Jayakan Misi Ramadan Skuad Seratus Ikhlas 100PLUS

Duta minuman isotonik, Mira Filzah dan Hairul Azreen bersama-sama selebriti popular lain seperti Syafiq Kyle, Sufian Suhaimi, Andi Bernadee, Amira Othman dan Sarah Suhairi baru-baru ini telah menyertai kempen Seratus Ikhlas yang berkongsi mesej-mesej positif dan memberi kecergasan kepada rakyat Malaysia.

Kerjasama 100PLUS dengan Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) ini telah berkunjung ke lokasi-lokasi terpilih seperti Maahad Tahfiz Sungai Buloh, Balai Bomba Melaka dan ruamh keluarga Bersamamu bagi aktiviti singgah sahur sepanjang bulan Ramadan ini.

Selain itu, Skuad Seratus Ikhlas juga melakukan aktiviti sumbangan dan ibadah di Kuantan (15 Mei), Sekinchan (19 Mei), Kuala Lumpur (21 Mei), Bangi (22 Mei) dan turut menyertai acara padang Check In Kampung di Tangkak, Johor (24 Mei).

Skuad Seratus Ikhlas yang disertai oleh Andi Bernadee dan Sarah Suhairi telah menjayakan misi mereka bersama pelajar Maahad Tahfiz Darul Ulum, Kuantan. Aktiviti yang diaktifkan oleh 100PLUS itu telah berlangsung pada 15 Mei lalu.

Bersama-sama dengan pelajar maahad tahfiz, kedua-dua selebriti tersebut telah bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah, disusuli tazkirah ringkas oleh ustaz jemputan, berbuka puasa dan diakhiri dengan solat terawih berjemaah.

Misi kedua Skuad Seratus Ikhlas diteruskan dengan Amira Othman ke Tanjung Karang, Selangor pada 19 Mei lepas. Skuad Seratus Ikhlas berkunjung ke rumah seorang ibu tunggal yang menjaga tujuh orang anak yatim dan ibunya yang telah lumpuh selama enam tahun.

Keperitan yang dialami oleh Ogy sekeluarga amat menyentuh hati dan antara aktiviti yang dilakukan ialah pemasangan karpet dan langsir yang baru di ruang tamu, membersihkan kawasan sekeliling selain membeli beberapa peralatan rumah untuk kegunaan mereka sekeluarga.

Misi ketiga Skuad Seratus Ikhlas yang diketuai oleh Hairul Azreen, disertai oleh Syafiq Kyle dan Andi Bernadee telah berkunjung ke Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur pada 21 Mei lalu.

Misi ini bermula dengan penyediaan bubur lambuk sebanyak 100 pek dan berbuka puasa bersama warga Pusat Transit Gelandangan.

Skuad Seratus Ikhlas juga berkongsi mesej-mesej positif dengan mereka. Selepas solat Isyak, Skuad Seratus Ikhlas teruskan aktiviti agihan bubur lambuk dan minuman 100PLUS kepada masyarakat di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. – KopiPlanet.com

Mira Filzah Idamkan Teman Lelaki Lebih Berusia, Baik Didikan Agama

Sering kali dikaitkan dengan pelakon Zizan Razak dan Remy Ishak, pelakon Mira Filzah menjelaskan hubungannya dengan kedua-dua aktor itu sebagai rakan sesama industri sahaja.

Menurut Mira, dia kini masih solo dan tidak nampak bayangan untuknya menaiki jinjang pelamin pada tahun ini.

Bercerita lebih lanjut, pelakon cantik berusia 26 tahun ini juga turut berkongsikan ciri-ciri lelaki yang menjadi pujaan hatinya.

“Saya sukakan lelaki yang lebih berusia, kalau boleh saya tidak mahu yang sebaya ataupun lebih muda daripada saya. Kebetulan saya pun ramai kawan terdiri daripada mereka yang lebih berusia.

“Mungkin saya selesa dengan mereka disebabkan kematangan yang ditunjukkan. Selain itu, saya juga menyukai lelaki yang mempunyai didikan agama yang baik. Kalau boleh saya nak membimbing saya, bukan saya yang membimbing dia di kemudian hari,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis pertunjukan fesyen koleksi raya Ariani, FloRaya di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ketika diminta mengulas mengenai peminat yang sentiasa mendambakan hubungan cinta di antaranya dengan hero drama Pujaan Hati Kanda, Remy Ishak, Mira berkata ia adalah perkara normal sekiranya peminat gemar memadankan mana-mana selebriti yang bergandingan dalam drama atau filem.

“Saya lihat benda ini sebagai normal, lagi-lagi bila dua-dua pelakon itu masih solo. Saya tak rimas bila sering dikaitkan dengan Remy sebab saya tidak ambil pusing mengenai perkara ini.

“Kami sekadar rakan sekerja, kalau berjumpa pun sekadar di set penggambaran dan majlis anugerah. Keluar berdua minum kopi pun tidak pernah dengan dia,” jelas Mira lagi.

Nama Mira dan Remy menjadi perhatian selepas drama lakonan mereka, Pujaan Hati Kanda dan Lelaki Kiriman Tuhan menjadi fenomena sehinggakan peminat mahukan mereka bercinta di dunia realiti.

Dalam perkembangan lain, Mira akan terlibat dengan penggambaran drama Pujaan Hati Kanda Raya yang dijadualkan pada minggu pertama Ramadan. – KopiPlanet.com

Saya Dah Putus Tunang Tapi Kami Kekal Berkawan Baik – Remy Ishak

Pelakon Remy Ishak mengesahkan dia sudah putus tunang dengan Roszaliza Yusof atau Ezza Yusof sejak sebulan lalu.

Menurut Remy, selepas dua tahun pertunangan dia tidak nampak hala tuju dalam perhubungan mereka sekali gus mengambil keputusan untuk melepaskan ikatan tersebut.

“Ya, saya sudah putus tunang tapi kami masih kekal berkawan. Saya sebenarnya enggan mengulas lanjut perkara ini.

“Saya rasa Ezza akan mempunyai kehidupan yang lebih baik sekiranya saya melepaskannya,” katanya kepada KopiPlanet.com

Remy ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta minuman Origina yang berlangsung di Grand Millenium, Kuala Lumpur hari ini.

Remy juga menafikan wujudnya orang ketiga sehingga membawa kepada putusnya hubungan pertunangannya itu.

Pelakon Mira Filzah sebelum ini dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan Remy selepas mereka dikatakan jatuh cinta ketika bergandingan dalam drama Lelaki Kiriman Tuhan dan Pujaan Hati Kanda.

“Hubungan kami putus bukan disebabkan ada orang ketiga. Kesian Mira, tak pasal-pasal nama dia dikaitkan,” ujar Remy.

Menurut Remy, 37, sekiranya jodohnya berpanjangan dengan Ezza dia bersedia untuk kembali bersama.

“Kami sekarang dalam tempoh bertenang dan kalau ada jodoh kami bersama semula, saya bersedia menerimanya.

“Ezza seorang gadis yang baik, walaupun dah putus tetapi hubungan kami masih baik sehingga kini,” katanya.

Untuk rekod, Remy bertunang dengan usahawan atas talian itu pada 1 Mei 2017. – KopiPlanet.com

Mesej Rindu Tak Tuju Pada Zizan, Hanya Kenyataan Umum

Hubungan rapat di antara pelakon Mira Filzah dengan Zizan Razak sebelum ini sering kali menjadi bualan ramai peminat setia mereka.

Namun, sehingga kini kedua-duanya tidak pernah mengiakan mahupun menafikan perkhabaran mengenai status sebenar hubungan tersebut.

Sehinggalah baru-baru ini nama mereka kembali diperkatakan semula apabila masing-masing dikatakan saling meluahkan perasaan rindu menerusi Insta Story mereka.

Menjawab perkara itu Mira berkata, “Saya tak tuju benda itu kepada sesiapa. It is very general (ia hanyalah kenyataan umum).”

“Saya pun tak jangka sebenarnya yang benda ini akan jadi isu,” kata Mira kepada KopiPlanet.com.

Mira berkata demikian ketika ditemui pada majlis pertunjukan fesyen raya Ariani di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, KLCC semalam.

Menurut Mira, fokusnya kini hanyalah pada kerjaya dan enggan mengulas lanjut mengenai hal-hal berkaitan kehidupan peribadi selepas ini.

“Saya senang berkawan dengan Zizan. Dia seorang lelaki yang baik. Kalau boleh selepas ini saya tidak mahu mengulas lagi mengenai hal peribadi. Tahun ini memang fokus saya hanyalah pada kerjaya sahaja,” katanya.

Mira kini sibuk menjalani penggambaran drama Rahsia Hati Perempuan di Perth, Australia. Menerusi drama itu, Mira, 25, digandingkan bersama Hisyam Hamid.

Rahsia Hati Perempuan bakal menemui penonton menerusi slot Mega Drama Astro Ria, Ramadan ini. – KopiPlanet.com