• FOLLOW US

Anak Sharnaaz Ahmad Selamat Jalani Pembedahan UTI

Anak kepada pasangan pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabilah, Jebat Jayden yang menghidap Urinary Tract Infection (UTI) selamat menjalani pembedahan.

Menerusi posting yang dimuat naik di Instagram miliknya, pelakon berkenaan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan pembedahan dan kesihatan anaknya itu.

“Alhamdulillah syukur pada Allah SWT. Jebat dah selamat keluar OT. Kepada semua yang mendoakan, terima kasih. Semoga Allah balas dengan beribu kebaikan dan pahala buat anda semua.

“Alhamdulillah, semua lancar. Dan terima kasih buat Doktor Shariz yang mengetuai pembedahan ni, hebat orangnya. Jebat akan kembali sihat dengan izin Allah… amin,” ujarnya.

Baru-baru ini pelakon itu memberitahu mengenai keadaan kesihatan anaknya yang berusia lapan bulan itu terpaksa menjalani pembedahan merawat sakit jangkitan saluran kencing.

Bagaimanapun, Sharnaaz tidak mahu menghebahkan masalah penyakit anaknya itu kerana menyedari masih ramai kanak-kanak lain yang mengalami keadaan lebih teruk berbanding anaknya. – KopiPlanet.com

Sharnaaz Ahmad & Isteri Pergi Jumpa Kaunseling Di JAWI?

Hubungan di antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan isterinya Noor Nabila Mohd Noor ternyata kini semakin menjadi teka-teki peminat lantaran beberapa status yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Malah, lebih mengejutkan lagi apabila kedua-duanya baru-baru ini dikhabarkan telah berjumpa dengan kaunseling di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Perkara berkenaan telah didedahkan oleh sebuah Instagram yang menggunakan nama @makcik_puaka menerusi Insta Story menerusi perbualan seorang individu.

“Serba salah sebenarnya nak cakap… Actually Sharnaaz ada rujuk dengan kaunseling dekat JAWI hari tu… Sebab mak iolls ada keje kat sana… Dia cakap ada nampak Sharnaaz tu datang JAWI… tettt… wallahualam…

“Betik.. mak iolls keje JAWI yang bagitahu Sharnaaz datang JAWI untuk kaunseling. Then Nabila pegi dengan bapa tiri dia,” ujar individu tersebut.

Sharnaaz dan Noor Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Jebat Jayden Ahmad pada 30 Ogos lalu. – KopiPlanet.com

Foto: Instagram Sharnaaz Ahmad