Cerita ArtisHiburan

Sharnaaz Ahmad Sudah Bersedia Dengan Keputusan Mahkamah

Pelakon popular Sharnaaz Ahmad menyatakan dirinya sudah bersedia sepenuh dengan keputusan mahkamah yang akan diputuskan dalam masa terdekat ini berhubung ikatan perkahwinannya dengan Noor Nabila Mohd Noor.

Sharnaaz berkata, dia sendiri tidak dapat untuk menyatakan lebih lanjut tentang hubungan dengan isterinya itu dan mengakui keutamaannya adalah utama adalah mahu membesarkan anaknya, Jebat Jayden Ahmad.

“Apa yang saya nak beritahu antara hubungan saya dengan Nabila sekarang ini kami ‘kawan’ yang membesarkan Jebat sebagai tanggungjawab seorang ibu dan bapa.

“Semuanya saya akan serahkan kepada mahkamah dan akur dengan keputusan yang ditetapkan. Apa pun saya bersyukur kerana telah dapat apa yang saya inginkan iaitu masa bersama anak,” jelasnya.

Sharnaaz berkata demikian ketika ditemui media semasa majlis pelancaran pembukaan rangkaian kedai Bubble Bee di Setapak semalam.

Jelasnya, keputusan oleh mahkamah terpaksa ditangguhkan sebelum ini lantaran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

>Baca: Ingin Selamatkan Perkahwinan, Sharnaaz Enggan Ceraikan Noor Nabila

Dalam pada itu, pelakon berkenaan menyatakan sehingga kini dia tidak mendapat halangan daripada Noor Nabila untuk meluangkan masa bersama anaknya itu keluar berjalan-jalan.

“Bagi saya ia merupakan satu rahmat yang cukup besar, malah boleh berjumpa dengan Jebat tiga kali sehari dan sekarang saya sangat gembira.

“Keutamaan saya sekarang ini pun bukanlah perkahwinan, sebaliknya mahu membesarkan Jebat supaya dia tidak merasakan kehilangan seorang ayah dan saya memberikan tumpuan 100 peratus kepadanya,” jelas Sharnaaz. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button