• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Ingin Selamatkan Perkahwinan, Sharnaaz Enggan Ceraikan Noor Nabila

Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur memerintahkan pelakon Sharnaaz Ahmad dan isterinya, Noor Nabila Mohd Noor untuk melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes penceraian mereka.

Memetik laporan Harian Metro, pasangan itu diminta berbuat demikian kerana Sharnaaz tidak bersetuju dengan tuntutan cerai yang difailkan isterinya itu kerana ingin menyelamatkan perkahwinan yang dibina mereka sejak dua tahun lalu.

Nabila yang merupakan kakak kepada pengacara dan pelakon Neelofa telah memfailkan permohonan cerai secara baik mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan 1984) pada 27 Ogos lalu.

Nabila memberikan alasan bahawa tiada persefahaman dan tinggal berasingan sejak Februari 2018 menjadi punca kepada tuntutan penceraiannya. Selain itu, Nabila turut memberikan alasan Sharnaaz memberi nafkah zahir yang tidak mencukupi iaitu hanya RM500 sebulan walaupun mampu untuk memberi lebih daripada itu.

Pihak mahkamah kemudiannya menetapkan 30 September ini untuk kedua-dua pihak melantik wakil JKP mereka.

Kisah mengenai kepincangan rumah tangga pasangan ini mula dihidu selepas Nabila memuat naik sebuah foto memaparkan imej dipercayai Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Instagram Story, baru-baru ini.

Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia setahun. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend