• FOLLOW US

Lakonan Berkesan Dalam Camelia, Netizen Sampai Nak Tampar Ain Edruce

Disebabkan lakonannya yang terlalu bersahaja dan berkesan sebagai Marina dalam drama bersiri Camelia, pelakon dan pengacara Ain Edruce menerima kecaman daripada netizen yang ‘bengang’ dengan wataknya itu.

Menerusi drama itu, Ain memainkan watak antagonis bernama Marina yang sering cemburu dengan kakaknya, Maryam lakonan Datin Diana Danielle.

Walaupun lebih menyerlah sebagai seorang hos dan pengacara, namun tahap penghayatan watak yang diberikan Ain, 29, mendapat pujian ramai. Tak kurang juga ada yang mahu menampar Ain gara-gara lakonannya sebagai Marina yang sanggup menabur fitnah terhadap ibu bapanya sendiri dalam drama tersebut.

Malah, Ain juga rajin mengulang kicau (twit) semula komen-komen yang diberikan netizen menerusi laman Twitternya.

Selain Ain dan Diana, Camelia yang ditayangkan pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di TV3 turut membariskan Saharul Ridzwan, Hafiz Roshdi, Lisdawati dan Zarina Zainuddin. – KopiPlanet.com

Vanessa Dah Move On, Kini Bercinta Dengan Atlit Bola Keranjang?

Baru sahaja putus cinta, Vanessa Hudgens kini dikatakan bermain cinta dengan bintang bola keranjang Los Angeles Laker, Kyle Kuzma.

Pasangan itu dilihat menghabiskan masa menikmati makan malam bersama di sebuah restoran mewah di New York baru-baru ini.

Menurut sumber terdekat dengan aktres itu, Vanessa sememangnya merupakan peminat bola keranjang namun tiada apa-apa serius yang berlaku di antara mereka.

“Mereka memang sangat serasi tapi tiada apa-apa serius terhadap hubungan tersebut. Vanessa suka berkawan dengan Kyle dan ia merupakan antara cara yang bagus untuk sibukkan dirinya buat masa sekarang. Mereka sentiasa berhubung namun Vanessa tidak mahu menjalinkan cinta dengan mana-mana lelaki ketika ini.

“Vanessa mahu enjoy dengan kehidupan single yang dijalaninya kini selepas lebih 10 tahun bercinta dengan Austin sebelum ini,” kata sumber tersebut memetik E!online.

Bintang filem High School Musical itu putus dengan Austin pada awal bulan ini selepas sedekad berpacaran. Hubungan mereka dikatakan putus kerana masing-masing terikat dengan komitmen kerja yang sibuk.

Sebelum bersama Austin, Vanessa pernah bercinta dengan aktor Zac Efron pada 2005 namun hubungan itu terlerai lima tahun kemudian. – KopiPlanet.com

Beri Kesedaran Tentang Kesihatan Mental, Deepika Padukone Terima Anugerah

Aktres popular, Deepika Padukone menerima Anugerah Kristal pada Forum Ekonomi Dunia (World Economic Forum) yang berlangsung di Davos, Switzerland baru-baru ini.

Penganugerahan kepada pelakon itu diberi atas inisiatifnya memberi kesedaran tentang kesihatan mental kepada masyarakat dunia.

Deepika, 34, membuka sebuah yayasan Live Love Laugh Foundation yang dirasmikan pada 2015 yang mana tujuan utama penubuhannya adalah untuk membantu individu yang berdepan dengan masalah kesihatan mental dan kemurungan.

Anugerah itu disampaikan oleh penaung bersama World Economic Forum iaitu Hilde Schwab.

Dalam ucapannya, Deepika berkata, “Kesihatan mental merupakan antara cabaran terbesar masyarakat dunia pada masa kini. Namun ia telah mengajar saya sesuatu iaitu kita kena sentiasa bersabar dan percaya yang kita tidak berseorang di dunia ini. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.” – KopiPlanet.com

Kongsi Gambar Free Hair Di IG, Liyana Jasmay Dah Buka Tudung?

Baru-baru ini pelakon Liyana Jasmay ada berkongsikan fotonya bersama keluarga di menikmati hidangan di sebuah restoran di laman Instagramnya.

Yang menarik perhatian ialah pelakon itu yang kini dikenali dengan imej berhijab, dilihat tidak memakai tudung menerusi gambar yang dimuat naiknya itu.

Netizen turut mendakwa pelakon berusia 32 tahun itu sememangnya sudah tidak bertudung bila mana ramai yang sudah terserempak dirinya di luar dengan gaya terbaharunya itu.

Sebelum ini, pelakon yang mempunyai dua cahaya mata itu pernah menjalankan perniagaan menjual tudung yang dilancarkan sejak beberapa tahun lalu.

Kemudian, gaya pemakaian tudung Liyana dipertikai sesetegah netizen kerana mengatakan dia tidak menutup aurat dengan sempurna apabila menggayakan turban.

Malah, tindakan dia memuat naik gambar tersebut juga telah menimbulkan pelbagai reaksi netizen, terutamanya yang mengecam dan ada segilintir yang memberikan sokongan.

Sehingga kini, Liyana masih belum dilihat memberikan sebarang komen berhubung perkara tersebut di laman sosial miliknya. – KopiPlanet.com

Gara-Gara Kecaman Netizen, Puteri Balqis Tutup Akaun Instagram?

Sejak akhir-akhir ini, nama pelakon cilik Puteri Balqis sering menjadi sebutan apabila kisahnya menjual buku puisi menjadi tular sehingga menjadi tumpuan ramai.

Bagaimanapun, di sebalik perhatian yang diberikan, terdapat juga segelintir netizen serta beberapa artis yang mempertikaikan tindakan ibunya apabila membiarkan anaknya berniaga di jalanan.

Kemudian, pelakon itu dan ibunya semakin mendapat kecaman, lantaran beberapa kenyataan yang dikeluarkan seperti mahu menghantar Puteri Balqis ke kelas piano, membatalkan tawaran berlakon pada saat-saat akhir dan terbaru apabila kenyataan yang dikeluarkan apabila mahu menggunakan sumbangan wang yang diterima untuk bermain forex.

Terkini, melalui pemeriksaan yang dibuat, akaun Instagram rasmi pelakon itu yang menggunakan nama @rockingbalqis sudah tidak dapat diakses lagi.

Adakah tindakan tersebut dilakukan setelah pelbagai kecaman yang diterima sehingga pelakon itu menutup akaun Instagramnya? – KopiPlanet.com

Jennifer Aniston & Brad Pitt Akhirnya Bertentang Mata Selepas 15 Tahun Bercerai

Selepas hampir 15 tahun bercerai, aktres Jennifer Aniston, 51, akhirnya bertentang mata dengan bekas suaminya, Brad Pitt dalam majlis Anugerah Screen Actors Guild (SAG Awards 2020) yang berlangsung malam Ahad.

Kenangan itu diabadikan jurugambar media yang bertugas di belakang pentas SAG Awards selepas Jennifer memenangi trofi Pelaon Wanita Terbaik Drama menerusi wataknya dalam program The Morning Show.

Brad, 57, yang turut berada di belakang pentas selepas memenangi trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem menerusi filem Once Upon A Time In Hollywood kemudian terus meluru kepada bekas isterinya untuk memberikan ucapan tahniah.

Brad juga dilihat tidak mengalihkan pandangannya ketika mendengar ucapan kemenangan Jennifer dan aksinya itu sempat dirakam seorang wartawan yang membuat liputan di belakang pentas.

Pasangan pelakon itu berkahwin pada 29 Julai 2000 selepas berpacaran selama dua tahun. Namun mereka disahkan bercerai pada 2005 sebelum aktor itu kemudiannya menjalinkan hubungan dengan Angelina Jolie yang turut berlakon bersamanya dalam filem Mr. & Mrs. Smith. – KopiPlanet.com

Fokus Bidang Nyanyian, Alvin Chong Tampil Single Tak Terganti

Lebih dikenali sebagai pelakon, kali ini Alvin Chong cuba meluaskan fokusnya untuk memberi lebih tumpuan kepada bidang nyanyian.

Alvin sebenarnya memulakan kerjaya seni menerusi program realiti pencarian penyanyi Astro Star Quest 2009 dan sejak daripada situ, dia sudah mempunyai sebanyak tiga buah single iaitu Lagumu, Mencintaimu dan Tajam.

Terbaharu, dia tampil dengan single terkini yang berjudul Tak Terganti yang merupakan hasil ciptaan komposer Indonesia, Ariadinata. Tak Terganti yang diberikan suntikan Pop-EDM ini mendapat sentuhan penerbit antarabangsa iaitu Bryan B.

Dengan kemunculan single terbaharu berjudul Tak Terganti, Alvin berharap dapat menempatkan dirinya sebagai penyanyi lelaki bukan Melayu terunggul dalam persada muzik Melayu.

Single terbitan Universal Music Malaysia ini sudah boleh didapati di platform digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music. – KopiPlanet.com

Masih Solo, Fathia Latiff Lebih Tertarik Dengan Lelaki Cina

Pelakon dan penyanyi, Fathia Latiff mengakui dirinya masih lagi solo selepas putus cinta dengan bekas kekasih, Aiman Hakim Ridza, lima tahun lalu.

Menurut Fathia, 33, dia tidak serik dan menolak sekiranya dipertemukan jodoh dengan orang dalam industri. Namun dirinya meletakkan sasaran untuk serius memikirkan soal berumah tangga apabila usianya sudah mencecah 35 tahun.

“Saya tidak menolak sekiranya dipertemukan jodoh dengan orang dalam industri. Saya beri masa dalam umur 35 tahun untuk menamatkan zaman solo, bukan dalam masa terdekat ini sebab saya hanya nak beri fokus kepada kerjaya seni.

“Kalau ikutkan saya lebih tertarik dengan jejaka berbangsa Cina disebabkan cara pemikiran mereka, cara mereka menghormati kaum wanita selain mereka juga sangat comel,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis pelancaran single nyanyiannya, Jika Aku Tahu yang berlangsung di Metropolitan Square, Damansara Perdana, semalam.

Terpalit dengan beberapa siri kontroversi terdahulu, Fathia mengharapkan tahun 2020 dapat memberikan sinar baharu buat dirinya.

Enggan menoleh ke belakang, Fathia berkata dia masih dalam proses belajar mengawal diri daripada mengulangi kesilapan sama.

“Tahun ini saya mahu mengasingkan karier seni dan kehidupan peribadi saya. Saya masih lagi belajar untuk kawal diri. Apa yang saya boleh katakan, saya hanya nak jadi diri sendiri. Saya tahu, rakyat Malaysia sayangkan saya sebab itu saya cuba untuk berubah,” ujarnya.

Bercakap mengenai single terbaharunya itu, Fathia berkata ia merupakan lirik sentuhan daripada dirinya sendiri dan kawan baiknya, Sharifah Faizah Al-Attas.

“Lagu ini sebenarnya saya dedikasikan kepada arwah datuk saya. Ia menceritakan bila kita dah kehilangan orang yang kita sayang, baru kita jadi lebih menghargai mereka.

“Jika Aku Tahu meluas konsepnya, ia boleh jadi untuk pasangan kekasih, suami isteri dan ahli keluarga serta rakan-rakan. Secara keseluruhannya, ia menceritakan kisah cinta kita kepada orang yang kita sayang,” katanya lagi. – KopiPlanet.com

Puteri Balqis Nafi Ibunya Ambil Barang Terlarang & Paksanya Bekerja

Pelakon cilik berbakat besar, Puteri Balqis menerusi Instagramnya hari ini tampil menjawab segala persoalan yang dilemparkan netizen termasuk aktres Nabila Huda berhubung keadaan hidupnya kini.

Balqis, 13, ketika ini menyara kehidupannya bersama ibu, Norashikin Mohd Aziz dengan menjual buku koleksi puisi tulisannya di sekitar Kuala Lumpur.

Menerusi kenyataannya, Balqis atau Aqish berkata ibunya sama sekali tidak pernah memaksa dirinya yang dalam keadaan sakit untuk mengikut berjualan bersama sebaliknya ia adalah di atas kerelaan hatinya sendiri yang tidak mahu berrenggang daripada ibunya.

“Ibu Puteri (Balqis) tidak pernah membiarkan puteri bekerja, tidak pernah sesekali. Puteri yang memaksa untuk ikut. Terus-terang di KL, ibu yang meniaga, Puteri cuma ikut, ibu tak bagi tapi Puteri yang rabun masih punya perasaan kasihan melihat ibu.

“Kalaulah Puteri ini bukan dari golongan industri dah tentu manusia yang tahu akan cakap, kami kuat. Tapi kerana Puteri dalam industri, maka ayatnya ‘kenapa dibiar’. Bezanya fitnah apabila berada dalam industri,” tulisnya.

Selain itu, Aqish turut menafikan dakwaan segelintir netizen yang mengatakan ibunya mengambil barang terlarang disebabkan fizikalnya yang kurus dan tidak terurus.

“Fizikal ibu yang kurus, selalu tidak makan, tak cukup tidur. Sewaktu Puteri sakit, ibu kadang-kadang tidak tidur. Takut Puteri sakit sewaktu tidur. Ibu Puteri memang sering pengsan. Tenaganya tak sekuat dulu selepas jatuh dan terhentak di tahun 2018. Ibu tetap bangun dan teruskan berjalan. Kenyataan ibu hisap dadah itu diberitakan oleh ibu saudar Puteri sendiri yang menggunakan akaun (media sosial) palsu,” luahnya lagi.

Akish sebelum ini disahkan menghidap penyakit misteri sejak dua tahun lalu. Dia kini menetap di sebuah pangsapuri di Setia Alam dan setiap hari akan singgah ke ibu kota untuk menjual buku puisinya.

Namanya mula menjadi hangat selepas program Bersamamu terbitan TV3 menyiarkan keperitan hidupnya bersama ibu yang ditayangkan pada 12 Januari lalu.

Penderitaannya mendapat simpati masyarakat yang terkesan dengan kehidupannya kini yang mana suatu ketika dahulu Akish pernah mencipta kemasyhuran dalam bidang seni sebagai pelakon berbakat, malah pernah memenangi beberapa trofi anugerah di atas bakatnya itu. – KopiPlanet.com

Nabila Huda Persoal Puteri Balqis Terpaksa Bekerja Ketika Sakit?

Beberapa hari ini dunia hiburan tempatan dihangatkan dengan kisah pelakon kanak-kanak berbakat besar, Puteri Balqis yang kini hidup dalam serba kekurangan sejak disahkan menghidap penyakit sejak dua tahun lalu.

Kisah Puteri Balqis, 13, atau lebih mesra dipanggil Akish mula mendapat perhatian selepas rakaman video rancangan Bersamamu membawa penonton mendekati kehidupannya kini yang terpaksa menjual buku puisi tulisannya di sekitar Kuala Lumpur bersama ibunya, Norashikin Mohd Aziz.

Walaupun dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, pelakon cilik ini terpaksa menggagahkan diri demi mendapatkan sesuap nasi dan menampung kehidupan hariannya bersama ibu tercinta.

Namun begitu, beberapa siri twit yang ditulis Nabila Huda ini mendapat perhatian netizen kerana didakwa ditujukan kepada ibu bapa Akish.

Walaupun tidak menyatakan secara jelas tentang siapa status itu ditujukan, rata-rata netizen percaya twit Nabila itu adalah berkaitan dengan isu yang membelenggu pelakon cilik tersebut.

“Persoalannya, kenapa seorang budak yang ada kanser dibiarkan berjalan satu KL untuk sara hidup sedangkan ibu bapa dia mempunyai kaki dan tangan yang sempurna? Kenapa seorang budak kena ikat perut, sedangkan ibu dan bapanya mempunyai kemampuan untuk berjalan dan bercakap dengan sempurna?

“Sanggupkah anda membiarkan seorang budak menghidap kanser untuk berjalan satu KL untuk cari rezeki, pernah ikat perut tiga hari sedangkan diri ini sempurna mempunyai kaki dan tangan untuk bergerak? Sanggupkah anda?,” tulis Nabila.

Kisah hidup Akish yang bak putaran roda menyentuh hati rakyat Malaysia bilamana dia kini sudah tidak lagi bersekolah dan terpaksa menyara hidup dengan menjual buku koleksi nukilannya sendiri. – KopiPlanet.com