Cerita ArtisHiburan

Syafie Naswip Terima Ugutan Kena Santau… Instafamous Buat Laporan Polis

Pelakon Syafie Naswip baru-baru ini ada memuat naik satu entri menunjukkan dia menerima ugutan daripada satu akaun Instagram.

Menerusi entri tersebut, Syafie menulis kapsyen, “Motif? Hahaha kenal kau pun tidak. Makin hari manusia semakin menakutkan.”

Individu tersebut dipercayai menulis, “Kau tunggu bila-bila masa aku akan upah bomoh kau, aku rela habis duit untuk santau kau. Aku nak pesan kat kau. Kalau tak boleh cara bomoh, aku buat cara lain okey, bye.”

Susulan ugutan tersebut, pelakon filem Mukhsin itu kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Nilai, Negeri Sembilan.

Sementara itu, seorang instafamous yang menggunakan akaun Instagram @tokwann_, Muhammad Hanif Muhammad Termizi telah membuat laporan polis di Balai Polis Batu Kurau, Taiping, Perak susulan akaun palsu yang telah menggunakan identitinya untuk membuat ugutan terhadap Syafie.

“Saya dah buat laporan polis mengenai kes viral yang gunakan identiti saya menerusi akaun palsu. Yang buat akaun palsu tu, ingatlah awak nak pergi mana lagi. Buat malu orang sahaja.

“Tak kisah kalau nak guna nama saya kalau buat benda elok, ini buat benda jahat buat apa…,” katanya menerusi rakaman video yang dimuat naik di Instagramnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button