• FOLLOW US

Terlibat Kes Ganti Rugi, Nelydia Bersyukur Masih Dapat Jadi Duta Produk

Terpalit kontroversi kes saman dengan sebuah syarikat kosmetik tempatan, pelakon Nelydia Senrose bersyukur dirinya masih lagi menjadi perhatian jenama lain di luar sana yang melantiknya sebagai duta.

Terbaharu, Nelydia bersama rakan pelakon, Fatin Afeefa dilantik menjadi duta produk sandal terkemuka dari Brazil, Havaianas selama setahun.

“Saya tidak nafikan berita itu (kes mahkamah) buat orang jadi sangsi dengan saya. Sudah semestinya saya tidak suka dengan situasi seperti ini sebab saya sentiasa jaga nama (baik) dalam industri. Namun, saya tidak salahkan ‘client’ kalau mereka berfikiran seperti itu, namun saya yakinkan mereka yang saya akan beri komitmen seperti yang telah dijanjikan.

“Bila kita termaktub dalam satu temppoh kontrak, pasti akan ada salah faham sebab kita pun bekerja, cuma ia terletak pada diri kita bagaimana nak handle benda itu. Saya hargai orang masih percaya pada saya dan saya minta doa semua agar kes ini berjalan dengan lancar dan tiada apa-apa lagi salah faham (yang akan timbul) dan kes ini terlerai secara baik,” katanya.

Majlis pengumuman lantikan kedua-dua selebriti itu berlangsung dalam suasana cukup meriah di The Loaf, Pavilion, Kuala Lumpur semalam.

> Baca: Isu Perosak Rumah Tangga, Fatin Afeefa Rasa ‘Tak Layak’ Beri Komen

Sebelum ini, syarikat pengeluar produk kosmetik Chriszen Malaysia Sdn. Bhd. menuntut ganti rugi sebanyak RM160,000 daripada Nelydia berhubung pelanggaran kontrak sebagai duta mereka pada tahun 2019.

Pengarah Urusan Chriszen, Mandy Leong Cheng Mun menjelaskan bayaran sebanyak RM102,000 telah dilunaskan kepada aktres tersebut bagi tujuan mempromosikan produk mereka.

Bagaimanapun, bayaran itu tidak setimpal dengan tugas yang dijanjikan dan Nelydia didakwa gagal melaksanakan tanggungjawab sebaik bersetuju menjadi duta sejak Disember 2018.

Sementara itu, Nelydia yang sudah lebih setahun mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi, 36, berkata dia tidak tertekan apabila sering kali diajukan soalan mengenai cahaya mata.

Menurut aktres berusia 26 tahun ini, dia berserah kepada rezeki yang telah ditetapkan Allah SWT dan tidak pernah membuat sebarang perancangan mengenai hal tersebut.

“Saya tidak rasa sebarang tekanan bila orang selalu bertanya bila nak timang anak sebab saya tahu niat mereka baik bila bertanya. Secara jujurnya saya memang tidak berasa rimas bila diajukan soalan itu, doakan saya ya,” ujarnya lagi.

Nelydia berkahwin dengan Hafez pada 6 April tahun lalu selepas dua tahun berkenalan rapat. – KopiPlanet.com

Kuza Mengaku Sudah Lebih Setahun Bercerai Dengan Suami Ketiga

Pelakon Kuza akhirnya membuka mulut dengan mendedahkan statusnya kini yang sudah bergelar ibu tunggal sejak setahun lalu.

Kuza atau nama sebenarnya, Tengku Sariza Tengku Muzani, 47, berkata, dia berpisah dengan suaminya, Ramyus Sidique pada tahun lepas.

“Saya sekarang ini sudah menjadi ibu tunggal sejak setahun yang lalu. Saya berpisah dengan suami pada tahun lalu selepas kami hidup bersama selama 12 tahun,” katanya

Dia berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk penjagaan kulit Ali Zahraa Madeena yang diadakan di Hotel Grand Millenium, Kuala Lumpur sebentar tadi.

> Baca: Teh Terakhirku Hasil Ilham Ketika Berada Di Kota Suci Mekah

Namun begitu, aktres berkenaan mengambil pendekatan enggan mendedahkan punca penceraian kerana menyifatkan ia terlalu peribadi untuk diceritakan kepada umum.

“Hal peribadi adalah sesuatu yang sangat privasi. Kalau saya rasa perlu atak sudah tiba masa untuk berkongsi, saya akan kongsi.

“Kalau saya rasa tak perlu, lebih baik saya simpan sendiri. Anak-anak saya pun perlukan privasi. Jadi, saya perlu hormat mereka juga,” katanya.

Kuza mendirikan rumah tangga dengan Ramyus pada 2007. Ia merupakan perkahwinan ketiganya. Bagaimanapun, menerusi perkahwinan tersebut pasangan itu tidak dikurniakan cahaya mata.

Pelakon drama bersiri Semerah Cinta Humairah itu mempunyai tiga orang anak iaitu Nizam Firdaus, 26, Puteri Nazihah, 25, dan Puteri Nadia hasil perkahwinan terdahulu. – KopiPlanet.com

Isu Perosak Rumah Tangga, Fatin Afeefa Rasa ‘Tak Layak’ Beri Komen

Minggu lalu radar gosip hiburan dikejutkan dengan kisah mengenai pelakon baharu Alya Iman yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan ahli perniagaan yang berstatus suami orang.Susulan isu tersebut nama pelakon Fatin Afeefa atau Fatin Nur Afifah Shamsudin, 26, juga terpalit sama memandangkan dia pernah didakwa menjadi individu ketiga kerana bermain cinta dengan suami orang.

Bagaimanapun Fatin enggan mengulas mengenai isu tersebut kerana dia tidak pernah mengenali anak kepada pelakon legenda Allahyarham Azmil Mustapha itu.

“Saya tak kenal siapa Alya Iman yang diperkatakan. Jadi, saya tak nak beri sebarang komen mengenai isu tersebut. Lagipun, saya tidak sesuai untuk memberi komen memandangkan saya bukan pakar motivasi.

“Dia juga tiada kena mengena dengan saya dan saya sendiri tak kenal dia. Dia tiada dalam senarai pengikut saya di laman sosial pun,” jelasnya.

> Baca: K-Clique Bakal Lancarkan Buku Biografi Perjalanan Dunia Seni

Dia berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pelantikannya dan pelakon Nelydia Senrose sebagai duta produk Havaianas yang berlangsung di pusat beli-belah Pavilion, Kuala Lumpur, semalam.

Sebelum ini, Fatin pernah didakwa menjalinkan kembali hubungan cinta dengan seorang lelaki berstatus suami orang pada sekitar Jun tahun lalu.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh individu tersebut yang mendakwa dirinya adalah isteri kepada lelaki yang dipercayai menjalinkan hubungan dengan Fatin.

Kisah kecurangan suaminya didedahkan oleh wanita tersebut menerusi akaun laman Twitternya selain turut mengaitkan Fatin sebagai wanita yang suka mengikis duit (gold digger) suaminya.

Ketika ditanya bagaimana dia berdepan dengan kecaman daripada netizen berhubung isu bercinta denga suami orang sebelum ini, Fatin menjelaskan dia langsung tidak mengambil pusing apa yang difikirkan warganet mengenai dirinya.

“Sekarang ini zaman fitnah berleluasa, orang suka tambah-tambah nak bagi sedap cerita. Benda-benda macam ini kita tidak boleh kawal apa orang nak kata.

“Cara saya mudah sahaja, saya memang tidak layan komen-komen negatif yang orang tulis kepada saya. Tak perlu untuk saya membalas balik, sebaliknya saya hanya biarkan sahaja orang nak cakap apa,” ujar Fatin lagi.

Fatin sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 dan sah bercerai dengan talak satu pada 30 Mei 2017.

Aktres itu mempunyai sepasang cahaya mata iaitu Adam Aisy Arrian, 6, dan Ivy Herra Sophia, 4 tahun. – KopiPlanet.com

Katy Perry & Orlando Bloom Tangguh Tarikh Kahwin Lagi

Walaupun mempunyai perancangan untuk berkahwin pada tahun ini, namun hasrat itu terpaksa dibatalkan penyanyi Katy Perry atas sebab-sebab tertentu.

Bakal melahirkan cahaya mata perempuan pada bulan hadapan, Katy tidak melihat dia bakal bergelar isteri kepada Orlando Bloom dalam masa terdekat ini seperti mana yang dirancang mereka sebelum ini.

“Kami sudah tidak boleh merancang apa-apa lagi pada tahun ini sebab semua yang direncanakan sebelum ini terpaksa dibatalkan (disebabkan pandemik Covid-19). Apa yang pasti saya mahu proses kelahiran anak nanti berjalan lancar.

“Dalam detik-detik getir ini, semua orang perlu perlahan-lahan merancang semula kehidupan mereka,” katanya memetik HollywoodLife.

Ini merupakan kali kedua rancangan perkahwinan pasangan ini dibatalkan. Sebelum ini mereka merancang berkahwin di Jepun pada hujung tahun lalu namun ia terpaksa ditunda berikutan lokasi perkahwinan yang dipilih bercanggah dengan kelapangan waktu yang mereka ada. – KopiPlanet.com

Aeril Zafrel, Wawa Zainal Bina Masjid Untuk Saham Akhirat

Pasangan romantis, Aeril Zafrel, 32, dan Wawa Zainal, 28, mengakui berasa terkesan dengan ceramah pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad sehingga mendorong mereka untuk membina sebuah masjid di kampung halaman aktor itu di Batu Pahat, Johor.

Menyifatkan ia sebagai saham akhirat dan tiket ke syurga, pasangan ini juga sanggup menangguhkan hasrat untuk membina sebuah banglo di Bangi demi projek tersebut.

“Pada awalnya, Wawa dengar ceramah daripada Ustaz Abdul Somad mengenai tiket ke syurga. Ustaz tersebut berkata, jika ada wang binalah masjid untuk saham akhirat kita.

“Sebelum itu kami ada bercadang untuk membina banglo di Bangi. Tapi Wawa kata tak mengapa perancangan rumah itu boleh ditangguhkan dulu sebab kami sudah ada rumah.

“Kebetulan masjid di kampung halaman saya di Kampung Rengit, Batu Pahat sudah agak usang. Dari situlah timbulnya idea untuk menaik taraf masjid tersebut,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis pelancaran Wawa Cosmetics Edisi Glam Raya di Pusat Konvensyen SACC, Shah Alam hari ini.

Wawa tampil dengan produk kosmetik terbaharu, Edisi Glam Raya yang terdapat dalam dua versi, Bukhari dan Muslim yang dijual pada harga RM79.00 seunit. Ia mengandungi set produk pengilat bibir, minyak wangi dan alat solek.

> Baca: Faizal Tahir Jadi ‘Payung Terjun’ FML Mendarat Dalam Industri Seni

Tambah Aeril, hasil penjualan produk terbaharu itu nanti akan disumbangkan bagi tujuan pembinaan masjid tersebut yang dianggarkan kos bernilai RM1.2 juta.

Katanya, masjid yang dijangka dibina pada awal tahun depan itu boleh memuatkan kira-kira 700 hingga 800 jemaah.

“Saya kira masjid ini bukan dari kami, sebaliknya pembeli produk ini adalah insan sama yang turut menyumbang untuk pembinaan masjid ini.

“Kami juga tidak bercadang menukar nama masjid tersebut hanya kerana kami yang menyumbang untuk kos pembinaan semula.

“Apa yang saya harapkan, masjid ini akan memberi manfaat kepada penduduk kampung kelak,” jelasnya yang berharap sumbangan ini tidak disalah tafsir oleh mana-mana pihak. – KopiPlanet.com

Farid Kamil & Lisa Surihani Kembali Disatukan Dalam Pelindung Seorang Puteri

Selepas 10 tahun, Farid Kamil dan Lisa Surihani kini kembali bergandingan menerusi drama Pelindung Seorang Puteri yang akan disiarkan menerusi slot Megadrama Astro Ria, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam bermula 28 Julai ini.

Farid dan Lisa sebelum ini pernah disatukan menerusi filem Lagenda Budak Setan, Semerah CInta Stiletto dan I’m Not Single.

Selain Farid dan Lisa, drama arahan suami Lisa, Yusry Abdul Halim ini turut dibintangi Sharnaaz Ahmad, Zain Hamid, Nadia Shahab, Jasmine Suraya, Pu Rizz, Haleeda Mazlin, Wan Nor Azlin dan Arash Mohd.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Kamal, “Setelah lebih empat bulan ‘berehat’, karya adaptasi novel Pelindung Seorang Puteri dipilih untuk menghiasi slot Megadrama di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD. Tampil berbeza berbanding kisah cinta tipikal yang sering disajikan menerusi slot yang sama sebelum ini, Pelindung Seorang Puteri bakal menyuntik elemen romantik dan kejutan thriller dalam naratif penceritaan sebagai kelainan kepada para penonton yang pastinya tertunggu-tunggu buah tangan terbaharu daripada kami.”

“Kesemua barisan pelakon yang terlibat dalam drama ini sama ada watak besar atau kecil juga telah memainkan peranan yang cukup bermakna dengan lakonan mantap yang mampu mengagumi khalayak penonton melalui pembawaan
watak yang cukup berkesan. Drama Pelindung Seorang Puteri juga menjanjikan paparan yang menarik dengan olahan plot penceritaan penuh konflik yang mendebarkan.

“Tambah menarik lagi, single duet terbaharu penyanyi terkenal Hael Husaini dan Cakra Khan yang berpadu suara buat julung kalinya menerusi lagu Terlanjur Cinta turut diangkat menjadi lagu tema untuk drama bersiri ini,” katanya.

Drama terbitan Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd ini menjalani penggambaran selama 60 hari di sekitar Kuang, Rawang, Shah Alam dan Bangi. Pelindung Seorang Puteri merupakan hasil nukilan skrip daripada Sofia J Rhyland.

Pelindung Seorang Puteri mengisahkan Rose lakonan Lisa Surihani yang membawa diri jauh daripada keluarga setelah difitnah kerana sering diekori oleh pengendap misteri walaupun dia sendiri sebenarnya tidak pasti akan identiti pengendap misteri tersebut.

Adakah Firdaus (Zain Hamid), bekas kekasihnya yang masih menggilainya, Saiful (Farid Kamil), rakan sepermainan yang menyukainya sejak kecil atau Hazril (Sharnaaz Ahmad), kawan baik abang kandung Rose yang dalam diam meminatinya dari jauh. Siapakah yang akan menjadi pelindung Rose daripada terus diganggu oleh pengendap misteri tersebut? – KopiPlanet.com

Alya Iman Sahkan Pernah Bertunang Dengan Suami Orang

Pelakon baharu Alya Iman mengesahkan bahawa dirinya pernah mengikat tali pertunangan dengan seorang lelaki berstatus suami orang.

Alya menerusi satu kenyataan yang dikongsikan kepada wartawan berkata, dia dan lelaki yang bergelar ahli perniagaan itu bertunang pada bulan Februari lalu.

“Pada 8.00 malam, 27 Februari 2020, Alya telah bertunang dengan seorang individu yang berusia 30 tahun yang telah berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata.

“Majlis tertutup tersebut telah dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat Alya. Alya difahamkan bahawa isteri individu tersebut bersetuju dengan kehadiran Alya sebagai isteri kedua,” ujarnya.

Sebelum ini, seorang wanita telah mendakwa Alya yang juga anak kepada pelakon Allahyarham Azmil Mustapha itu telah menjalinkan hubungan dengan suaminya selama setahun.

> Baca: Nabil Ahmad Hulur Bantuan Rakan Sekampung Menganggur Lepas PKP

Dalam pada itu, Alya memberitahu bahawa pada bulan Mac, dia telah memutuskan tali pertunangan setelah mengetahui kewujudannya tidak diketahui dan dipersetujui isteri lelaki berkenaan.

“Segala hadiah telah Alya pulangkan kepada individu tersebut kerana berasa bersalah. Alya pasrah dengan apa yang berlaku pada saat ini dan percaya Allah Maha Adil dan Maha Berkuasa. Alya mohon doa, sokongan dan dokongan semua pihak agar perkara ini dapat Alya tempuhi dengan baik. Sesungguhnya

“Alya percaya apa yang berlaku telah mematangkan Alya. Alya mohon maaf kepada semua pihak yang terluka. Pada waktu ini, Alya telah meneruskan kehidupan dan ingin fokus kepada kerjaya dan usaha Alya untuk menjadi insan yang lebih baik,” ujarnya.

Alya mula dikenali ramai setelah berlakon dalam drama bersiri Senafas Rindu dan telefilem Lelaki Kelas Sebelah pada tahun lalu. – KopiPlanet.com

Nabil Ahmad Hulur Bantuan Rakan Sekampung Menganggur Lepas PKP

Pelakon, pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad tidak lokek menghulurkan bantuan kepada rakan-rakan sekampung yang mana pendapatan mereka terjejas teruk sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Menurut selebriti berusia 37 tahun ini, hampir setiap hari dia menerima mesej daripada teman sekampung yang meminta bantuan akibat hilang pekerjaan sejak PKP.

“Kita tahu bagaimana keadaan ekonomi kita sekarang. Disebabkan PKP, ramai yang hilang pekerjaan. Sekarang hampir 70 hingga 80 peratus kawan-kawan saya di kampung menganggur.

“Ramai yang menghubungi meminta dipinjamkan wang. Kawan-kawan kampung saya kenal daripada kecil, takkan tak dibantu. Apatah lagi, ada antara mereka mempunyai ramai anak. Tapi saya beri ikut kemampuan,” ujarnya kepada KopiPlanet.com.

Nabil ditemui pada majlis pelancaran produk wangian kereta, Sugar Bomb X Nabil yang berlangsung di Ruang, Shah Alam, baru-baru ini.

Menurut Nabil, walaupun hampir 20 tawaran kerja terpaksa dibatalkan yang melibatkan kerugian ratusan ribu ringgit, namun bapa kepada tiga cahaya mata itu bersyukur apabila dia akan kembali sibuk sepanjang bulan Oktober hingga Mac tahun hadapan selaku hos program.

> Baca: Neelofa Sudah Lali Gosip Sering Dikaitkan Dengan Selebriti Lelaki

“Sebelum ini, lebih 20 kerja saya yang dijadualkan sepanjang Mac hingga Disember ini terpaksa dibatalkan, namun Alhamdulillah, saya dah kembali sibuk bermula bulan Oktober ini hingga Mac tahun depan.

“Setakat ini, saya bersyukur masih ada pekerjaan. Alhamdulillah selepas PKP, saya dapat rentak semula,” katanya lagi. – KopiPlanet.com

Mas Khan Kini Bercinta Dengan Kakak Ipar Marion Caunter?

Pelakon Mas Khan ada berkongsikan gambar terbaharunya dengan seorang wanita ketika mereka bercuti di sebuah pulau peranginan tanah air, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian itu, wanita yang dilihat berada dalam foto mesranya itu ialah usahawan, Diana Nasimuddin yang juga merupakan kakak ipar kepada selebriti Marion Caunter.

Diana merupakan anak kepada tokoh korporat automotif, Allahyarham Tan Sri Datuk Seri Utama Sheikh Mohammad Nasimuddin Kamal.

View this post on Instagram

Happy Birthday Nur Diana Nasimuddin 🌻

A post shared by Mas Khan (@maskhan_) on

Menerusi foto itu, Mas Khan mengucapkan selamat ulang tahun kelahirannya kepada Diana yang juga merupakan ibu tunggal kepada tiga cahaya mata.

Walau bagaimanapun, Mas Khan atau nama sebenarnya, Mas Hidzhir Khan Mas Fadzillah Khan, 26, menutup ruangan komen gambar yang meraih lebih daripada 10,000 tanda suka (like) itu.

Aktor itu sebelum ini tidak berselindung mendedahkan hubungan cintanya dengan finalis Dewi Remaja, Fazreen Fazera putus di tengah jalan pada Julai tahun lalu. – KopiPlanet.com

Maya Karin Dinobatkan Aktres Terbaik Festival Filem Antarabangsa Ramsgate

Pelakon Maya Karin menerima pengiktirafan Anugerah Kepujian dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi Ramsgate International Film & TV Festival yang berlangsung pada 11 hingga 14 Jun lalu.

Pengiktirafan tersebut diraih selebriti kacukan Melayu-Jerman itu menerusi lakonannya dalam filem Olympic Dream yang turut tersenarai sebagai Filem Pilihan Rasmi festival tersebut.

“Saya berasa amat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak juri Ramsgate International Film & TV Festival di atas pengiktirafan yang tidak saya jangkakan langsung ini. Mungkin apa yang saya cuba sampaikan dalam filem ini memberi impak kepada juri dan penonton.

“Sejak pertama kali menerima skrip filem ini ia sudah pun memberi kesan secara peribadi kepada saya. Walaupun tiada nama besar di dalam filem ini, saya bersetuju untuk membintanginya kerana tertarik dengan watak Makcik Fatimah.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada pengarah dan pihak produksi yang memberi peluang untuk saya berkarya dan ruang untuk saya mendalami watak ini mengikut cara saya tersendiri. Dengan pengiktirafan ini, saya lebih bersemangat untuk terus memberikan yang terbaik dalam setiap naskhah yang saya bintangi,” katanya menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan pihak pengurusannya.

Ramsgate International Film & TV Festival merupakan sebuah festival filem yang berpusat di bandar pesisir Ramsgate, England. Festival ini memberi platform kepada pembuat filem bebas dari UK dan antarabangsa untuk berkongsi karya baru kepada orang ramai, pengedar serta memupuk bakat baharu.

Sejak penganjuran pertamanya pada tahun 2017, Ramsgate International Film & TV Festival telah menerima penyertaan dari seluruh dunia termasuk Australia, Brazil, Iran, Martinique, Filipina, Afrika Selatan dan Taiwan serta negara-negara Eropah dan benua Amerika Utara.

Olympic Dream merupakan filem terbitan Full Billion Entertainment Sdn Bhd sebuah syarikat produksi tempatan yang berpusat di Pulau Pinang. Filem arahan sutradara Don Hoe ini menyaksikan Maya memegang watak sebagai Makcik Fatimah menjadi pendorong kepada anak yatim di bawah jagaannya, Anna Wong yang mengejar impian untuk menjadi seorang permain badminton negara dan bertanding di kejohanan Olimpik.

Filem ini juga juga pernah merangkul anugerah ‘Best Feature Film’ di Simply Indie Film Festival, ‘Best Feature Film’ di Canadian Cinematography Award dan ‘Best Family Film’ di Kinoduel International Film Festival. – KopiPlanet.com