Cerita ArtisGosip Panas

Siapa AN & AA Yang Didakwa Bermain Cinta Dengan Nadia Brian?

Suami kepada pelakon Nadia Brian, Muizz Nasruddin baru-baru ini ada memuat naik di Insta Storiesnya menunjukkan awalan nama isteri serta dirinya dan juga dua individu misteri yang didakwa jejaka yang pernah bermain cinta dengan aktres tersebut.

Muizz menulis, “NB=MN vs AN vs AA, kebenaran itu pasti, nantikan” di sebalik ketegangan yang dipercayai berlaku dalam rumah tangganya bersama aktres tersebut.

Menerusi laporan media sebelum ini, Muizz mendakwa isterinya curang dengan dua orang lelaki dan dia mempunyai bukti kukuh mengenai perkara tersebut.

Sebelum ini, pelakon dan model, Aidit Noh dipercayai menjadi orang ketiga dalam rumah tangga pasangan ini, namun Aidit sudah tampil menafikan perkara tersebut menerusi kenyataannya kepada pihak media.

Muizz yang merupakan seorang ahli perniagaan juga mendedahkan dia dan Nadia kini sudah tidak tinggal sebumbung sejak hampir tiga bulan lalu.

Muizz dan Nadia bernikah pada 9 November tahun lalu di Magica Hall, Shah Alam. Nadia dilamar Muizz ketika mereka bercuti di kota Paris, Perancis bersaksikan Menara Eiffel pada Februari 2019. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
2
+1
1
+1
0
+1
1
+1
1
+1
2
+1
2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button