Cerita ArtisHiburan

Anzalna Simpati Nasib Keluarga Mangsa Bunuh Di Terengganu

Pembunuhan tragis melibatkan mangsa, Siti Nur Surya Ismail, 19, pada Ahad lalu cukup menggemparkan negara.

Tragedi itu dipercayai dilakukan oleh suspek wanita yang merupakan kawan baik Allahyarham.

Kisah pembunuhan itu turut diikuti pelakon Anzalna Nasir yang bersimpati dengan nasib keluarga mangsa.

Anzalna turut meminta bantuan pengikutnya yang mengenali ahli keluarga mangsa agar dapat menghubunginya menerusi Direct Message (DM) di Instagram.

“Walaupun bukan di tempat pakcik ini tetapi saya dapat rasa apa yang dia rasa. Sesiapa kenal pakcik ini tolong DM Anzalna. Terima kasih,” tulis Anzalna di Instagram Story.

Surya ditemui mati di rumahnya di Kampung Lubok Batu, Telemong, Kuala Berang pada Ahad lalu. Mayat mangsa ditemui berlumuran darah dan pergelangan tangan kirinya turut dipotong. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button