• FOLLOW US

Kareena Kapoor Larang Anaknya Makan Di Majlis Sambutan Hari Jadi

Bintang Bollywood, Karena Kappor mengakui dirinya adalah seorang paranoid, terutama apabila membabitkan perihal pemakanan anaknya iaitu Taimur Ali Khan yang baru berusia dua tahun.

Menurut Kareena, dia sangat menitikberatkan pengambilan makanan anaknya sama ada di rumah atau di luar. Apatah lagi ketika anaknya itu hadir di majlis sambutan hari jadi yang sememangnya banyak menghidangkan makanan ringan.

“Disebabkan sifat terlalu paranoid, saya tidak benarkan dia makan di majlis sebegitu. Saya tahu itu tindakan yang salah kerana sewajarnya dia boleh sahaja makan,” ujarnya.

Ketika ini sememangnya segala urusan pemakanan Taimur terletakj di tangan Kareena. Di tengah kesibukannya yang padat, Kareena masih memikirkan apa saja makanan yang sesuai untuk anaknya itu.

“Saya yang menetapkan jenis makanannya dans setiap bulan saya mengubah menunya. Misalnya, apa buah yang sedang musim atau apa sayur yang seharusnya ia makan pada bulan itu.

“Kadangkala ada juga makanan yang tidak digemarinya, namun apabila saya sudah menyuapnya akhirnya dia sudah terbiasa dengan makanan tersebut,” jelasnya.

Dia berkata demikian ketika melakukan sesi wawancara dengan Saif Ali Khan. Bagaimanapun, ketika mendengar penjelasan Kareena, Saif pun mencelah anaknya tidaklah terlalu ketat dengan pengambilan makanan yang sihat.

Suami kepada Kareena itu menjelaskan bahawa sesekali Taimur masih menikmati makanan ringan dan salah satu makanan yang disukai anaknya itu adalah kerepek. – KopiPlanet.com

Anak Saif Ali Khan Dikecam Pakai Baju Nampak Coli

Anak sulung Saif Ali Khan hasil perkahwinan terdahulu, Sara Ali Khan teruk dikecam netizen di India selepas fotonya memakai baju berona putih bersama coli berwarna terang sempat dirakam paparazzi baru-baru ini.

Segelintir netizen turut menasihatkan anak tiri aktres Kareena Kapoor itu agar sentiasa berhati-hati dengan pemilihan bajunya selepas ini.

Sara bagaimanapun tidak cepat melatah mengenai hal tersebut malah dia dilihat tidak membalas langsung cakap-cakap buruk orang ramai mengenai dirinya.

Sejak semakin langsing, Sara dipercayai suka menggayakan pakaian yang seksi dan ketat, tidak seperti mana ketika dia berisi dulu.

Sejak menceburkan diri dalam bidang seni Bollywood, nama Sara sering kali menjadi perhatian pihak media di sana.

Terbaharu dia dikhabarkan bakal membintangi sebuah filem bersama-sama Sushant Singh Rajput. – KopiPlanet.com

 

 

Taimur, Anak Selebriti Bollywood Paling Popular

Jika di Malaysia, nama anak selebriti seperti Lara Alana, Aaisyah Dhia Rana dan Arrian sering kali menjadi perhatian netizen, di Bollywood pula anak lelaki pasangan pelakon Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor, Taimur Ali Khan juga mendapat spotlight yang sama di kalangan peminat tempatan di sana.

Kebanyakan netizen mengatakan mereka terpesona dengan kecomelan Taimur yang baharu sahaja berusia sembilan bulan.

Taimur dilahirkan pada 20 Disember tahun lalu di Mumbai, India.

Kareena dalam satu temu bual sebelum ini berkata, dia sangat berbangga dengan anaknya itu kerana ‘ketampanan’ yang dimiliki Taimur.

Menurut Kareena lagi, anaknya mewarisi ketampanan daripada keturunan sebelah suaminya. – KopiPlanet.com