• FOLLOW US

500 Peminat Berkumpul Sambut Taecyeon Tamat Latihan Tentera

Anggota kumpulan 2PM, Taecyeon akhirnya berjaya menamatkan latihan wajib ketenteraan yang disertainya semalam.

Taecyeon, 32, memulakan latihan pada 4 September 2017 dan merupakan ahli pertama dalam 2PM yang telah melaksanakan tanggungjawab diwajibkan kepada setiap warganegara lelaki Korea Selatan itu.

Seramai 500 peminat telah berkumpul di pekarangan kem tentera yang disertainya bagi menyambut kepulangan Taecyeon ke dalam bidang seni.

Sebagai menghargai kehadiran peminatnya, Taecyeon telah menyediakan sebuah trak kopi bagi membalas kesanggupan peminatnya yang setia menunggu di luar kem.

Agensi pengurusan Taecyeon mengesahkan yang dia akan kembali aktif sebagai pelakon dan penyanyi menerusi kumpulan 2PM. – KopiPlanet.com

Taecyeon 2PM Keluar Dari Pengurusan JYP, Sertai Agensi 51K

Ahli kumpulan 2PM, Taecyeon secara rasminya telah keluar daripada syarikat pengurusan JYP Entertainment dan kini berada di bawah agensi 51K.

51K telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu selain mengalu-alukan kedatangan Taecyeon ke agensi mereka selain aktor So Ji Sub dan pelakon kanak-kanak, Lee Hyo Je.

Walaupun tidak lagi diuruskan oleh JYP, namun kerjaya seni Taecyeon bersama kumpulannya masih akan diteruskan seperti biasa.

“Walaupun Taecyeon sudah bertukar syarikat pengurusan, dia sudah berjanji akan terus memberikan komitmen terhadap 2PM,” kata jurucakap JYP.

Selain Taecyeon, 2PM yang popular dengan lagu I’ll Be Back, Hands Up dan Go Crazy turut dianggotai Nickhun, Jun K, Wooyoung, Junho an Chansung. – KopiPlanet.com