• FOLLOW US

Isu Video: Pihak Pengurusan Aiman Tino Cari Jalan Terbaik

Penyanyi Aiman Tino menyatakan pihak pengurusannya kini sedang mencari jalan terbaik berhubung isu sebuah video sedang beronani yang sudah mula viral.

Aiman menerusi laman Instagramnya berkata, dia berharap agar isu berkenaan tidak dipanjangkan dan akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya ia terus dibangkitkan.

“Berhubung isu yang sedang tular, Aiman dan pihak pengurusan sedang memuktamadkan jalan terbaik bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan dengan segera dan tidak berlarutan.

“Diharapkan isu ini tidak dipanjangkan lagi dan tindakan undang-undang bakal diambil jika ada pihak cuba membangkitkan semula sehingga menjadikannya berlarutan,” jelasnya.

Menurut Aiman, dia juga memohon maaf kepada semua pihak terutama teman media yang telah banyak membantu karier seni dan menzahirkan rasa terima kasih yang tidak berbelah bahagi terhadap sokongan dan keprihatinan terhadap kariernya.

“Kepada peminat setia, terima kasih atas nasihat serta sokongan berterusan anda. Aiman sayang ada semua,” ujarnya mengakhiri kata-kata. – KopiPlanet.com

Selepas Gambar, Video Sedang ‘Main Sabun’ Pula Tersebar?

Rasanya dah lama Cik Kopi tak mengomelkan, maklumlah sekarang agak busy dengan pelbagai keje yang menimbun.

Cuma, hari ni Cik Kopi rasa nak mengomel pula tiba-tiba apabila terbaca kisah tentang gambar bogel seorang anak selebriti popular yang tersebar. Ramai yang mengatakan ia adalah salah seorang anak lelaki kepada Rozita Che Wan atau Che Ta. Entahlah, Cik Kopi pun tak berani nak mengesahkan, mungkin pelanduk dua serupa.

Sedang kecoh-kecoh pasal gambar tersebut, tiba-tiba Cik Kopi dapat pula satu video menerusi What’s App daripada kawan Cik Kopi yang tidak kurang cantiknya.

Apabila bukak jer video berkenaan, terkejut beruk dibuatnya. Rupa-rupanya ada pula versi video gambar bogel tersebut yang durasinya lebih kurang seminit.

Entahlah, bila dah tonton video tu rasa macam tak percaya pula. Cik Kopi percaya, video berkenaan sudah tentu dah bertebaran sekarang ni.

Sama ada individu dalam video itu anak kepada selebriti berkenaan atau tidak, pasti ramai yang ada pendapat sendiri. Kalau tanya pada Cik Kopi, No Komen!!!

Cik Kopi: Tunggu yang empunya diri beri kenyataaan.