“Tak Tinggal Serumah, Tapi Kami Tinggal Setaman..” Nia Atasha Nafi Duduk Serumah Dengan Teman Lelaki
Model dan pelakon popular, Nia Atasha menepis dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dia duduk serumah dengan teman lelakinya, Sky Iskandar.
Nia berkata, dia dan Sky tidaklah tinggal serumah, namum mengakui mereka menetap di taman perumahan yang sama.
“Dalam video itu memang dia berada di rumah saya dan kami buat TikTok bersama-sama, itu sahaja.
“Namun, bagi menjernihkan keadaan, memang kami tidak duduk sekali. Kami tak tinggal serumah, tapi kami tinggal setaman,” jelasnya.
Nia berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran filem Kata Hati yang berlangsung semalam.
Spekulasi berkenaan mula tular selepas video kandungan (content) TikTok yang dimuat naik mereka menjadi bualan hangat di platform media sosial.
Mengulas mengenai perkara berkenaan, Nia menyatakan dia enggan untuk menjawab sebarang provokasi yang timbul kerana ia merupakan satu fitnah.
“Rasanya saya dan Sky pun tidak perlu nak jelaskan apa-apa demi memuaskan hati semua pihak.
“Pada saya, apa yang orang nak fikir itu terpulanglah. Kami sendiri pun tak kisah kerana masing-masing tahu kebenarannya,” ujar Nia.
Dalam perkembangan lain, pelakon itu bakal muncul dengan sebuah filem romantik komedi berjudul Kata Hati yang akan ditayangkan di pawagam pada 4 Jun nanti.
Dalam filem berkenaan, dia membawakan watak sebagai Ayra Natasha, seorang pelakon popular yang jatuh cinta dengan seorang pemandu E-Hailing.
Selain Nia, filem itu turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Yusof Hashim, Fazziq Muqris, Scha Alyahya dan Taqim Zaki. – KopiPlanet.com



