• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Taufiq Hanafi ‘Seram Sejuk’ Jayakan Teater Siapa Tuan? Err… Mat Janggut, Mat Misai?

Pelakon filem aksi hebat Paskal, Taufiq Hanafi ‘seram sejuk’ tatkala menjayakan pementasan teater Siapa Tuan? Err… Mat Janggut, Mat Misai? di Dewan Masjid Abdul Rahman Bin Auf semalam.

Taufiq berkata, meskipun sudah mempunyai pengalaman bermain di pentas teater sebelum ini tetapi inilah pertama kali dia mencabar diri menguji keupayaan sebenar sebagai pelakon.

“Sejujurnya saya seram sejuk sebab berlatih kurang tiga jam sahaja sebelum terus membuat persembahan.

“Saya pegang watak Haji Mat Derani, seorang penggali kubur yang peramah, selepas pelakon asalnya terpaksa menarik diri pada saat-saat akhir,” katanya.

Menurutnya, situasi seperti itu perkara biasa dalam dunia lakonan TV dan filem, di pentas teater adalah jauh berbeza.

Jelasnya lagi, pelakon teater perlu menghafal skrip yang panjang tanpa ‘cut’ berbanding lakon TV dan filem yang sekurang-kurangnya ada juga tempoh rehat dari babak ke babak.

“Apa sekali pun persembahan teater ini sangat seronok sebab bekerja dengan barisan pelakon yang profesional, jadi mudah saya nak bekerja.

“Sejujurnya, memang gementar gila sebab latihan sekejap sangat! Bak kata orang buat ‘kerja gila’!” katanya.

Pelakon yang mula dikenali melalui filem Ola Bola itu, bakal muncul dalam sebuah teater bergenre muzikal di Istana Budaya pada Januari 2020.

Selain itu, Taufiq sedang persiapkan diri untuk dua filem baru bergenre aksi komedi dan aksi drama selain program travelog serta drama TV pada tahun depan.

Pementasan teater Siapa Tuan? Err… Mat Janggut, Mat Misai? arahan Endy Ashari turut dijayakan pelakon baru, Said Ismail dan Ewan Mohamad adalah karya agung sasterawan negara, Dato Dr Ahmad Kamal Abdullah atau dikenali sebagai Kemala.

Teater terbitan Zeel Production itu bakal dipentaskan semula di Auditorium Daeng Chelak, Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam jam 8.30 malam pada 2 Disember, Isnin ini. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend