• FOLLOW US
Event, Hiburan

Teater Malayu-Pawana Isabella Ketengahkan Persembahan Fiksyen Bangsawan

Bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan pada tahun ini, Istana Budaya bakal tampil dengan sebuah teater berjudul Pawana Isabella yang akan dipentaskan pada 21 hingga 31 Ogos ini.

Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, setelah agak lama tidak membuat mempersembahkan sebuah karya sempena merdeka, kini pihaknya dengan kerjasama syarikat produski Erma Fatima bakal tampil dengan teater fiksyen bangsawan.

“Teater Malayu – Pawana Isabella merupakan sebuah nashkah yang menceritakan tentang kisah perebutan kuasa dan penjajahan yang berlaku antara dua kerajaan.

“Untuk pemilihan tajuk teater ini, pada asalnya adalah Isabella, namun setelah berbincang dengan Erma selaku pengarah, akhirnya kami sepakat untuk memilih tajuk Malayu – Pawana Isabella,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran teater berkenaan yang berlangsung di Istana Budaya baru-baru ini.

Menariknya, teater tersebut turut menampilkan barisan pelakon popular seperti Syafiq Kyle, Janna Nick, Datuk Afdlin Shauki, Azar Azmi, Datuk Ziela Jalil, Datin Paduka Umie Aida, Johan Raja Lawak, Ozlynn Waty dan ramai lagi.

Malayu Pawana Isabella mengisahkan tentang Raja Al Hasiq Ghibran yang melindungi segenap rakyat baginda demi kesejahteraan rakyat iaitu bangsa Malayu Aksara.

Bagaimanapun, Permaisuri Tishaku dari kerajaan Barouk begitu lahap mengisi bumi Malayu Aksara dengan berbagai strategi untuk menjajah Malayu Aksara.

Sementara itu, pengarah bersama untuk teater berkeaan iaitu Naque Ariffin pula menyatakan ia merupakan satu penghargaan apabila dapat bekerjasama dengan Erma Fatima.

“Pada mulanya saya agak ragu-ragu untuk terima tawaran yang diberikan, namun Erma menegaskan bahawa teater ini menekankan tentang perjuangan agama dan bangsa.

“Akhirnya saya menerima tawaran untuk sama-sama mengarahkan teater ini bersama Erma dan sangat berbesar hati dengan kerjasama ini,” ujarnya.

Tiket-tiket untuk menyaksikan teater ini yang berharga RM48, RM68, RM88, RM108, RM148 dan RM188 sudah mula dijual di kaunter Box Office Istana Budaya sejak minggu lalu. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend